Assalamualaikum semua...
cuti2 nie korang semua buat apa ye?
masa cuti nie la nak update hari2...hehehe
masa school seminggu sekali je..
ok straight to the point...
baru je abis tgok telemovie 'KORBAN KASIH AYAH'
banyak pengajaran dan pembelajaran dalam cerita tue...
sinopsis telemovie 'Korban kasih abah'
Jamilah anak yatim,dia tinggal dengan ayah dia..dia minat sangat dalam bidang nyanyian...satu hari ada ujibakat nyanyian..so,dia minta restu ngan abah dia untuk pergi ujibakat tue,Jamilah telah terpilih dalam ujibakat tue...selepas ujibakat nyanyian tue,kehidupan 2 beranak berubah,Jamilah terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur jika ingin mengembangkan bakat nyanyian,abah nya pula terpaksa tinggal seorang diri apabila Jamilah berhijrah ke KL,nasib baik ada jiran yang baik hati yang jaga makan minum abah Jamilah,lepas dia popular...dia dah lupa akan asal-usul dia..
satu hari tuee,abah dia kena belasah oleh konco2 pengurus Jamilah,sebab abah Jamilah nak gi tgok Jamilah nyanyi..
last2,abah Jamilah masuk hospital..(x ingat dah sbab apa tpi kena bdah la,sorry), masa tue baru Jamilah sedar yang dia bagai kacang lupakan kulit..masa tue la dia insaf...ending dia abah dia jadi pengurus Jamilah..
1.bila kita nak lakukan sesuatu pastikan ianya mendapat restu umie ngan abah kita... bila dah dapat restu barulah senang kita berjaya dalam sesuatu benda...
2.Bila kita dah berjaya jangan lupakan mak ngan ayah kita...kerana susah payah mereka besarkan kita
3.jangan jadi si tanggang-syurga di bawah telapak kaki ibu
tue je la nak post..assalamualaikum
Rabu, 8 Jun 2011
Selasa, 7 Jun 2011
cuti yang xde maknanya..
cuti kali nie bosannn la...xde aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan...
just facebook'ing',ber blog'ing',youtube'ing',gamming
makan,tidur tue je la rutin harian...
my parent xdok..gi sabah bah..ade urusan belum selesai yang perlu diselesaikan...
mgkin lpas sy download adobe photoshop 7,kurang la borink nie...tunggu untuk dipraktikkan!
wallahu a'lam
just facebook'ing',ber blog'ing',youtube'ing',gamming
makan,tidur tue je la rutin harian...
my parent xdok..gi sabah bah..ade urusan belum selesai yang perlu diselesaikan...
mgkin lpas sy download adobe photoshop 7,kurang la borink nie...tunggu untuk dipraktikkan!
wallahu a'lam
Isnin, 6 Jun 2011
jangan sakitinya dengan lidahmu...
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jagalah taqwa kepada Allah s.w.t. sebab taqwa itu menghimpunkan segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat Islam. Dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran, sebab ia cahaya penerangan untukmu dibumi dan sebulatan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan laknatullah."
Abul Laits berkata: "Taqwa kepada Allah s.w.t. ialah mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya, maka siapa berbuat demikian bererti telah menghimpunkan semua kebaikan. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakanlah yang baik sehingga untung dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan laknatullah kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan laknatullah. Dan Allah s.w.t. akan menutup auratnya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang menempeleng (memukul) hambanya maka tebusan dosanya ialah memerdekakannya dan siapa yang menjaga lidahnya Allah s.w.t. menutupi auratnya. Dan siapa yang menahan marahnya maka Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari siksaNya dan siapa yang minta maaf kepada Allah s.w.t. pasti Allah s.w.t. menerima permintaannya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang percaya (beriman) kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian, maka harus menghormati tamunya dan harus memuliakan tetangganya dan harus berkata baik atau diam."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ya'la berkata: "Kami masuk ketempat Muhammad bin Suqah Azzahid, maka ia berkata: "Mahukah saya sampaikan kepadamu hadis yang mungkin berguna bagimu sebagaimana telah berguna bagiku?" Atha'bin Abi Rabaah berkata kepadaku: "Hai anak saudaraku, orang-orang yang dahulu dari kamu itu tidak suka bicara yang tidak perlu atau bukan kepentingannya, dan mereka menganggap tiap bicara yang tidak perlu itu sia-sia kecuali kitabullah dan amar ma'ruf dan nahi mungkar, atau keperluan kehidupan sehari-hari." Kemudian ia berkata: "Apakah kamu dapat membantah ayat (Yang berbunyi): "Wa inna alaikum lahaa fidhin kiraaman kaatibien." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya padamu ada Malaikat yang baik-baik tukang mencatat." Anil yamini wa anisysyimali qa'ied." (Yang bermaksud): "Disebelah kanan dan kiri tempat duduk." Maa yalfidzu min qaulin illa ladaihi Raaqibun Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan ada Malaikat yang mencatat iaitu Malaikat Raqib dan Atied." Apakah tidak malu salah satu kamu bila dibuka lembaran amalnya, dunia yang utama bahkan hanya yang tidak penting dan lebih-lebihan semata-mata?"
Abul Laits dari ayahnya dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
Diam dan ini ibadat yang pertama
Tawadhuk
Dzikrullah atau berzikir
Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)
Juga diceritakan bahawa sabda ini juga dikatakan oleh Nabi Isa a.s.
Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaiknya Islam seorang itu jika dapat meninggalkan apa-apa yang bukan kepentingannya."
Lukman Alhakiem ketika ditanya: "Apakah yang dapat menyampaikan engkau ketingkat yang sedemikian itu?" Jawabnya: "Kerana benar tutur kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa-apa yang bukan kepentinganku."
Abu Bakar bin Ayyasy berkata: "Empat raja mesing-masing melepaskan kalimat yang bagaikan anak panah. Raja Kisra berkata: "Saya tidak menyesal terhadap apa yang belum aku katakan dan adakalanya menyesal terhadap apa yang terlanjur saya katakan." Raja Cina berkata: "Selama saya belum melepaskan kalimat maka tetap saya mengusainya tetapi jika keluar maka ia memiliki aku." Raja Kaisar berkata: "Saya lebih mudah menahan apa yang belum saya katakan dan tidak dapat mengembalikan apa yang telah aku katakan." Raja India berkata: "Sungguh hairan dari orang yang mengatakan satu kalimat jika dituntut berbahaya dan jika tidak dituntut tidak berguna."
Arrabie' bin Khaitsam biasa jika pergi mengambil kalam dan kertas dan tiada berkata sepatah katapun melinkan dicatat kemudian petangnya diperbaiki dirinya.
Abul Laits berkata: "Demikianlah perbuatan orang zahid, mereka menjaga benar-benar lidah dan memperhitungkan diri didunia. Dan demikian seharusnya seorang muslim mengadakan perhitungan amalnya selama masih didunia sebelum diperhitungkan diakhirat, sebab hisab perhitungan dunia jauh lebih ringan dari hisab perhitungan diakhirat."
Ibrahim Attaimi berkata: "Seorang kawan dari Arrabi' bin Khaitsam berkata: "Saya telah berkawan dengan Arrabi' selama dua puluh tahun, maka belum mendengar daripadanya satu kalimat yang dapat disalahkan (dicela)."
Musa bin Saied berkata: "Ketika Alhusein bin Ali r.a. terbunuh maka ada orang berkata: "Mungkin hari ini Arrabi akan berbicara." Maka ia pergi ketempat Arrabi dan memberitahu bahawa Alhusein r.a. terbunuh, maka Arrabi segera melihat kelangit sambil berdoa (Yang berbunyi): "Allahumma faa thirassamawati wal ardhi aalimal ghoibi wasysyahadati anta tahkumu baina ibaadika fima kaanu fihi yakh talifun." (Yang bermaksud): "Ya Allah yang mencipta langit dan bumi, yang mengetahui semua yang ghaib dan terang, Engkau yang menghukum semua hambaMu dalam semua yang mereka perselisihkan, dan tidak lebih dari itu."
Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:
Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna
Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya
Membuka rahsia pada semua orang
Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.
Nabi Isa a.s. berkata: "Tiap kalimat yang bukan dzikrullah itu lelehan (laghu) dan tiap diam yang tidak untuk berfikir, maka itu kelalaian dan tiap pandangan yang bukan perhatian, maka itu permainan, maka untung orang yang perkataannya dzikrulllah dan diamnya untuk berfikir dan pandangannya itu perhatian dan pengertian."
Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja (amal)."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq iaitu:
Pengertian agama
Berhati-hatilah dalam lidah
Senyum dimuka
Nur (terang) dalam hati
Cinta kepada kaum muslimin
Yahya bin Aksam berkata: "Tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."
Lukman Alhakiem berkata kepada anak lelakinya: "Hai anak, siapa yang bersahabat pada seorang yang jahat tidak selamat dan siapa yang masuk ditempat yang jelek tertuduh dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya menyesal."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Untung orang yang dapat menguasai lidahnya dan jinak dirumahnya dan menangisis dosa-dosanya."
Abul Laits berkata: " Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Sesungguhnya lidah orang yang bijaksana itu dibelakang hatinya, sehingga bila ia akan berbicara difikir benar-benar dalam hatinya jika baik maka dikatakannya dan jika berbahaya maka ditahannya, dan orang yang bodoh akalnya dihujung lidahnya, apa yang akan dikatakan langsung dikatakannya. (Yakni tidak difikir baik buruknya)
Abul Laits berkata: "Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: "Ya Rasulullah, apakah yang tersebut dalam shuhuf Ibrahim a.s?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Didalamnya ada contoh-contoh dan nisahat-nasihat seperti: "Seharusnya seorang yang berakal selama tidak terbalik akalnya menajga lidahnya, mengetahui keadaan masanya, rajin pada urusannya. Dan siapa yang menganggap bicara itu termasuk amalnya maka sedikit bicara kecuali jika penting (perlu)."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Seharusnya seorang yang berakal itu tidak tekun kecuali dalam tiga macam iaitu:
Usaha untuk keperluan hidupnya
Beramal untuk hari kemudian
Bersuka-suka yang tidak haram
Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata: "Seorang yang berakal harus dapat mempergunakan waktu siang dalam empat waktu iaitu:
Waktu untuk munajat kepada Allah s.w.t.
Waktu untuk memperbaiki diri
Waktu untuk mempelajari ilmu dari orang yang dapat menasihat dan menerangkan kepadanya dalam urusan agamanya
Waktu untuk memuaskan nafsunya yang halal dan baik
Juga ia berkata: "Seharusnya seorang yang berakal selalu memperhatikan urusannya dan mengenal orang-orang dimasanya. Dan menjaga kemaluan dan lidahnya." Abul Laits menyebut bahawa kalimat-kalimat ini tersebut dalam Hikmat Nabi Daud a.s.
Anas bin Malik berkata: "Luqman Alhakiem ketempat Nabi Daud a.s. sedang Nabi Daud a.s. membuat baju besi untuk perang, maka Luqman kagum melihat Nabi Daud a.s. bekerja dan akan menanya tetapi tertahan oleh hikmatnya sehingga tidak bertanya dan ketika telah selesai dicuba baju itu oleh Nabi Daud a.s. sambil berkata: "Sebaik-baik baju besi untuk perang, dan baik pula yang mengerjakannya." Lalu disambut oleh Luqman: "Diam itu himat tetapi sedikit yang dapat melaksankannya."
Seorang pujangga berkata (Yang berbunyi): "Al ilmu zainun wassukutu salamatun, fa idza nathaq ta falaa takun miktsaara. Maa min nadimta ala sukutika marratan walaqad nadimta alal kalami miraara" (Yang bermaksud): "Ilmu itu perhiasan dan diam itu keselamatan, maka bila engkau berkata-kata maka jangan banyak-banyak. Jika engkau menyesal kerana diam satu kali, maka sungguh engkau akan menyesal kerana bicara berulang kali."
Dilain riwayat pula dikatakan bahawa Luqman sabar tidak menanya itu hingga satu tahun lamanya. Seorang pujangga berkata: "Yamutul fata min atsratin bilisanihi, walaisa yamutul mar'u min ats ratirrijli." (Yang bermaksud): "Seorang akan mati kerana tergelincir lidahnya dan tidak ada orang mati kerana tergelincirnya kaki." dan kata pujangga juga berbunyi: "Laa tanthiqanna bimaa karihta fatubbamaa nathaqallisaanu bihaaditsin fayakuun." (Yang bermaksud): "Jangan mengucapkan apa yang tidak engkau suka sebab kemungkinan lidah itu mengucapkan sesuatu maka terjadi apa yang dikatakan itu."
Humaid bin Abbas berkata: "La'amruka maa syai'un alimtu makanahu, ahaqqa bisijnin min lisaanin mudzallali. Ala fika mimma laisa ya'nika sya'nuhu, biquflin watsiqin haitsu kunta ilaihi sahmu hatfin mu'ajjali. Walasshamtu kahirun min kalaamin mumazihin, fatun shaamitan taslam wa in kunta abqhadh tal baghidha fa'ajmili. Fainnaka laa tadri mata anta mubghidhun habibaka au tahwa baghidhaka fa'qili." (Yang bermaksud): "Demi sesungguhnya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya, sangat layak untuk dipenjarakan seperti lidah yang sangat lemas. Yang ada dimulutmu kau penjara dari segala yang bukan kepentinganmu dengan kunci yang kuat sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang bergurau tetapi membawa panah yang menyebabkan mati dengan segera. Dan diam itu tetap lebih baik dari kalimat yang bergurau, maka jadilah engkau seorang pendiam supaya selamat dan bila berkata maka harus adil. Dan jangan sebarangan terhadap kawan dan bila kau membenci maka engkau akan membenci maka sedang-sedang saja sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau akan membenci kekasihmu atau sayang pada yang kau benci, kerana itu hendaklah engkau berakal."
Seorang cendikiawan berkata: "Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:
Diam itu ibadat tanpa susah payah
Perhiasan tanpa berhias
Kehebatan tanpa kerajaan
Benteng tanpa pagar
Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal
Menutupi segala aib
Juga disebut bahawa diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.
Seorang cendikiawan berkata: "Jasmani anak Adam terbahagi kepada tiga iaitu:
Hati
Lidah
Anggota badan
Dan Allah s.w.t. telah memuliakan masing-masing dengan kemuliaan sendiri-sendiri, memuliakan hati dengan ma'rifat dan tauhid. Dan memuliakan lidah dengan kalimat syahadat iaitu Laa ilaha illah dan membaca al-quran dan memuliakan semua anggota badan dengan sembahyang, puasa dan lain-lain cara ibadat. Dan Allah s.w.t. menyerahkan masing-masing itu pada pengawas dan pengawal. Maka hati diawasi oleh Allah s.w.t. sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang ada didalam hati perasaan kecuali Allah s.w.t. sendiri dan lidah diserahkan kepada Malaikat Raqib dan Atied. Ayat yang berbunyi: "Maa yal fidhu min qaulin illa ladaihi Raqib Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat Raqib dan Atied." Dan anggota badan lain diserahkan kepada perintah dan larangan dan masing-masing diminta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati iaitu tetap beriman tanpa hasud, iri hati atau kianat dan tipu daya. Dan kejujuran lidah tidah ghibah, dusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan kepentingannya. Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat dan tidak menggangu orang muslim. Maka siapa tidak jujur hatinya bererti munafiq dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan siapa tergelincir anggota badannya maka ia maksiat (berdosa)."
Alhasan berkata: "Umar bin Alkhaththab r.a. melihat pemuda maka ia berkata: "Hai pemuda, jika engkau menjaga bahaya tiga macam maka engkau terhindar dari bahaya kepemudaanmu (remaja) iaitu: "In wuqita syarra laglaqika wadzab dzabika wa qabqabika." (Yang bermaksud): "Jika engkau menjaga bahaya lidahmu dan kemaluanmu dan perutmu."
Luqman Alhakiem seorang hamba sahaya dari Habasyah (Eftiophia) dan pertama yang tampak dari hikmatnya iaitu ketika majikannya menyuruhnya menyembelih kambing dan minta kepadanya supaya diberikan kepadanya sebaik-baik apa yang ada dikambing itu, maka ia menghidangkan kepada majikannya hati dan lidah. Kemudian dilain hari disuruh menyembelih kambing dan minta dihidangkan apa yang paling busuk dari bahagian kambing itu, maka ia menghidangkan hati dan lidah. Maka ditanya majikannya: "Saya minta yang terbaik, maka kau hidangkan lidah dan hati dan kini saya minta yang paling busuk dari anggota kambing maka engkau hidangkan hati dan lidah juga?" Jawab Luqman: "Didalam badan tidak ada yang lebih baik dari kedua anggota ini jika baik dan tidak ada yang lebih busuk jika rosak dan busuk."
Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman. Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Maka Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu, nampaknya Mu'adz menganggap itu remah, maka ia berkata: "Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Celaka engkau. Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus dalam neraka jahannam itu kerana mukanya, tidak lain hanya hasil dari lidahnya."
Alhasan Albashri berkata: "Siapa yang banyak bicaranya banyak salahnya dan siapa yang banyak hertanya banyak dosanya dan siapa busuk akhlaknya menyiksa dirinya sendiri."
Sufyan Atstsauri berkata: "Bila saya melempar seorang dengan anak panah maka itu lebih baik bagiku daripada melemparnya dengan lidahku sebab lemparan lidah tidak pernah luput tetapi lemparan anak panah sering luput."
Abu Said Alkukhudri r.a. berkata: "Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah: "Hai lidah, kami tuntut engkau dengan nama Allah s.w.t., jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka."
Abu Dzar Alghifari r.a. berdiri dimuka Kaabah lalu berkata: "Ingatlah yang sudah mengenal aku maka cukuplah dan siapa yang belum kenal maka aku Jundub bin Junadah Alghifari (Abu Dzar), sila kamu mendekat kepada kawan yang akan menyampaikan nasihat dan sayang kepadamu." Maka mendekat orang-orang kepadanya dan berkumpul disekitarnya, lalu ia berkata: "Hai semua manusia, siapa yang akan pergi-pergi didunia ini, maka ia pergi kecuali dengan bekal, maka bagaimana seorang yang berlayar pergi keakhirat tanpa bekal?" Lalu mereka bertanya: "Apakah bekal kami, hai Abu Dzar?" jawabnya: "Sembahyang dua rakaat ditengah malam untuk menghadapi gelap dikubur dan puasa dimusim panas untuk mengahdapi hari bangkit dari kubur dan sedekah kepada orang miskin supaya selamat dari siksa disaat yang sukar dan haji untuk menghadapi bahaya-bahaya yang besar dan jadikanlah sunia ini dua tempat (majlis), majlis untuk mencari dunia dan majlis untuk akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna. Dan jadikan perkataan itu hanya dua kalimat, satu kalimat yang berguna dalam urusan duia atau kalimat yang kekal diakhirat, dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna, Dan jadikan harta itu dua macam, yang satu belanjakan untuk anak keluarga dan yang satu untuk tabungan akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna." Kemudian Abu Dzr mengeluh: "Aah, saya telah terbunuh oleh kerisauan terhadap satu hari yang tidak dapat saya kejar." Maka ditanya: "Apakah yang kau maksudkan?" Jawabnya: "harapan dan angan-anganku melebihi dari batas ajalku sehingga tidak dapat beramal (aku malas beramal)."
Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."
Seorang sehabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu."
Ahad, 5 Jun 2011
best & Terbaik ~_~
assalamualaikum... selamat malam semua..da tidor ke??
semalam da abis baca novel 'DOKTOR CINTA'....best novel tue..
banyak pengajaran dan nilai2 murni...
nie sinopsis novel 'DOKTOR CINTA'
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.
>nak tau ape yg terjadi kena la bace mane best bace sinopsis je<
mesti ade yg pelik,boys baca novel cintan-cintan
my hobby is reading...
x kira la novel cintan ke,cite hantu ke,semua saya baca...janji ade bab 1,2,3,4,5 kalau start bab 6 dah x paham ape sebenarnya cite tersebut..heheh
membaca untuk mengisi masa lapang la katakan...hehehe
'BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA'
semoga saya berjaya dunia akhirat...amin
satu lagi skrg sy tgah baca novel 'AKULAH CINDERELA'..da abis bace sy kongsi best ke x novel tue...
ok tue je la nak habaq mai..
selamat malam..assalamualaikum
jgn lupa basuh kaki..nanti mengigau hantu kak limah..huhu
Tenangnya bila mendengar namamu ya ALLAH
sape2 yang serabut skrg nie..tgah gaduh ngan bf ke gf
lebih baik korang dengar zikir nie...tenang jiwa korang yang dengar
jika kita amalkan insya-allah dpat pahala di sisi allah..
sesungguhnya allah murka dekat hambanya yang sombong.....
jom layan dan selamilah maksud zikir nie...semoga ianya dapat merubah kita ke jalan yang lurus..
jom layan!
Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha illallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung
Tiada Tuhan di dlam hatiku kecuali Allah
Cahaya Muhammad selamat atasnya
Benarlah tiada Tuhan selain Allah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah
Mon Seigneur est assez pour moi, la Gloire être à Allah
Il n'y a rien dans mon coeur sauf Allah
Mein Herr ist genug für mich, Ruhm, Allah sein
Es gibt nichts in meinem Herzen außer Allah
Mi Señor es bastante para mí, Gloria ser al Alá
No hay nada en mi corazón excepto el Alá
O meu Senhor é bastante para mim, Honra ser ao Alá
Não há nada no meu coração exceto o Alá
Мой Бог - достаточно для меня, Слава быть Аллаху
Нет ничего в моем сердце кроме Аллаха
Ma fi qalbi ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha illallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung
Tiada Tuhan di dlam hatiku kecuali Allah
Cahaya Muhammad selamat atasnya
Benarlah tiada Tuhan selain Allah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah
Mon Seigneur est assez pour moi, la Gloire être à Allah
Il n'y a rien dans mon coeur sauf Allah
Mein Herr ist genug für mich, Ruhm, Allah sein
Es gibt nichts in meinem Herzen außer Allah
Mi Señor es bastante para mí, Gloria ser al Alá
No hay nada en mi corazón excepto el Alá
O meu Senhor é bastante para mim, Honra ser ao Alá
Não há nada no meu coração exceto o Alá
Мой Бог - достаточно для меня, Слава быть Аллаху
Нет ничего в моем сердце кроме Аллаха
Selawat Pelindung Diri....
dalam menjalani kehidupan seharian, jom kita dengar selawat pelindung dirii...
semoga kita dijauhi segala ancaman yang boleh menyusahkan kita jom kite dengar.
semoga kita mendapat berkat dari Allah S.W.T...amin
Tips melajukan komputer anda
nie ade beberapa tips untuk anda...
Kengkadang xp nie lambat tul nak shutdown,tahu kenapa?sebenarnya lagu shutdown tu yang membuat dia lambat nak mati,jadi kita kena disablekan sound scheme kat shutdown tu,caranya:Klik dekat Start-----control panel----sound-----speech audio&device----change The Sound Scheme,sekarang tengok kat kotak program events tu cari "Exit Window" pastu ko gantikan sound daripada "xp shutdown sound" kepada "none".apply dan ok..siap....
(2) Mematikan amaran "error reporting"
Bla kita tengah copy,atau nak bukak program,atau nak tutup sesuatu program,tapi program tu macam lambat jerk nak mati,jadi kita paksa2 dia untuk exitkan dia,nanti keluar, "This Program Not Responding" lepas tu pilih End Now ata cancel,bila kita end now jerk,dia akan kuar error report,lepas tu dia suruh contact microsoft dan suruh send atau not send,kalau connect internet tak per lah, ini tak conect,kan macam menyemak jerk tu,jadi kita disablekan dia dengan cara:Klik kanan dekat icon my computer tu,klik properties,klik tab advance,klik error reporting kat belah bawah tu,kita disablekan error reporting.
(3) Untuk Menambah kelajuan perfomance(perlaksanaan) window XP
Di dalam salah satu folder di system window (drive C) tu akan mengandungi beberapa dan sering menyimpan beberapa file yang tak diperlukan dan dan boleh dibuang dan yang akan memberatkan drive c,apakah folder tu?nama folder tu "Prefetch",ok sekarang kan dalam folder tu akan terdapat banyak sekali file2 yang tak berguna(junk) jadi kita buang file tu dalam tu semua,jangan ko buang folder dia sudah.caranya
(4) Cara Kedua Meningkatkan Perfomance window XP
Tweak.Biasa kita dengar nama tu,tweak tu kalau dalam bahasa melayu dia "memulas"maknanya kita pulas window kita untuk adjust tulisan,penggunaan mouse,scroll dan memacam lagi,walaupun kita dah puas pulas2 tu tak nampak kesan jugak dan perfomance window kita masih lemau lagi..jadi kita tingkatkan lagi perfomance window kita dengan: kita pergi kat Icon my computer klik kananpropertiesadvancedperfomancesetting(perfo mance option)visual effectcustom.dekat custom tu kita disablekan benda nie semua:
Fade or slide menus into view
Fade or slide ToolTips into view
Fade out menu items after clicking
Show Shadows under menus
Slide open combo boxes
Slide taskbar buttons
Use a background image for each folder type
Use common tasks in folders
Siap dah…cuba tengok performance window kita,agak laju sikit kan,tapi ada di antara effect kat situ kalau kita disablekan akan memberi kesan pada setiap window drive/folder yang kita bukak akan hilang menu kat belah kiri tu iaitu kalau disablekan use common tasks in folder..dia jadi cam window biasa jerk…tapi ok jugak takder masaalah,Cuma kureng sikit jerk…. Ok selesai…
(4) Mengurangkan 10 saat waktu menunggu ketika scandisk berlaku
Kalau pc kita,kita tutup dengan cara tutup cam tu jerk,akan kuar scandisk untuk check system kita,jadi kengkadang agak lama,untuk kurangkan 10 saat kau menanti,ko ingat 10 saat tu sekejap ker,memacam leh jadi dalam 10 saat,jadi kita kurangkan 10 saat tu,caranya: pergi dekat "run" taip cmd dan ok,akan kuar satu paparan command promp cmd.exe,sekarang ko taip benda nie CHKNTFS /T:4 simbol 4 tu adalah lamanya ko menunggu,maknanya ko menunggu 4 second,kalau tak jadi cuba sampai jadi yerk….kalau ko punya file system masih FAT,mungkin tak jadi kot..
(5) DMA di IDE Device
Kebanyakan cd rom sebenarnya bersesuaian kepada DMA mode sebagai IDE device dan sebagai slave pada primary IDE dan secondry IDE channels , tapi kalau kita tengok window XP nie ianya tetap set PIO only sevagai default,jadi kita kenalah tukarnya sendiri caranya: Klik kanan mycomputermanagedivice managerIDE ATA/ATAPI Controllersklik dua kali dekat primary IDE channelAdvanced SettingDevice 1Transfer Modetukar dari PIO only kepada DMA if availableklik okreboot …..selesai.. P/s:kalau kita ada cd rom dua ker atau ada cdwriter, adjust setting dia pun sama gak..
(6) Mempercepatkan lagi loading internet explorer
Bagi yang connect internet tu,IE ni terlalu penting untuk melayari internet,kengkadang bila kita klik dekat icon IE tu dia akan lambat load disebab kan dia akan terus load web page microsoft.com(home),bila dah load webpage,maka akan lambat keluar,jadi kita setkan nohome untuk dia,caranya:
Pergi CProgram FilesInternet ExplorerIEXPLORE.EXE dekat addres atas tu tambahkan -nohome...ok dah laju dah IE kita ....Ataupun kita leh setkan about blank dekat IE tu,jadi bila kita klik IE dia tak akan load webpage,caranya: Kita pergi kat desktopklik kanan icon IEdekat Homepage tu klik about blank... ok settle...
(7) Membuang atau disable Messenger pada tray
Bila kita tengok ada Messenger kat tray bawah tu,macam bosan jerk,lagi pun benda tu bukannya ramai yang main,tapi kalau yang main messenger tu aku mintak maaf lah,pasal aku tak minat.pada ku benda menyemak jerk dekat tray tu,dan jugak dia menggunakan memory untuk dia duduk kat tray tu,jadi bagi sapa2 yang sepahaman dengan aku bahawa benda menyemak jerk jadi elok lah kita buang dia,cam mana?caranya
(8) Mengaktifkan Window Product activition(WPA)
Kalau kita gunakan installer window "window XP release candidate 1(build 2505)"contohnya,kita hanya dibenarkan menggunakan produk itu untuk 2 minggu sahaja,selepas itu window dah tak boleh di digunakan lagi disebabkan kita tak mengaktifkannya,jadi bagi pengguna pc yang tak der connect internet,susah untuk mengaktifkannya.Sebagai mana kita ketahui bahawa setiap ciptaan dari manusia nie pasti tak sempurna,jadi kita akan active kan dia tanpa conect internet caranya: RunregeditHkey local machine softwaremicrosoftwindows NTcurent versionWPA events,klik disitu dan akan keluar paparan panel disebelah kanan,cari "oobitimer"klik dua kali di situ dan akan keluar paparan value data,maka kita tukar lah salah satu nombor kat situ(sekali kita delete nombor akan terdelete dua digit dekat situ tukar dua2 tu) ikut sesuka hati nombor yang kita nak letak lepas tu klik ok.dan keluar regedit...selepas tu kita pergi run taip perkataan nie dekat run %systemroot%system32oobemsoobe.exe /a ataupun yang nie oobe/msoobe /a maka akan keluar paparan window product activate dan kita pilih "activate by phone" klik next dan keluar screen lagi satu dan kita pilih "change product key" dan kita masuk kan key nie DTWB2-VX8WY-FG8R3-X696T-66Y46 selepas tu update dan matikan semua program terus reboot balik...ok lepas dah boot,cuba ko taip oobe/msoobe /a dekat run..... "Windows is already activated "tengok kan dah active window kita...jadi tak yah lah format2 lagi...dulu aku terseksa kena benda nie pasal aku Cuma ada cd setup window jenis nie jerk..maklum lah hidup kat perantauan . aku gembira sekarang...sebenarnya ada banyak cara lagi,tapi lain kali lah aku keluarkan cara lain..test nie dulu yer bagi pengguna release candidate 1(build 2505)
(9) Menambah kecepatan untuk pergerakan di start menu
Dekat start menu tu bila kita klik dia akan keluar isi kandungan start menu tu dengan keadaan yang lambat dan terlalu lambat bila dah penuh sangat program kat situ,kadang tak penuh pun dia lembab ...ada cara untuk mempercepatkan dia sampaikan tak sempat ko nak klik dia terkeluar sendiri..caranya: Pergi Run Taip regedit HKEY_CURRENT_USER Control Panel Desktop MenuShowDelay ok dekat situ kuar value untuk menu show delay,kalau default dia 200 jadi kita tukarkan dia kepada bilangan yang paling kecil lagi iaitu 0 klik ok reboot,tengok kan dah selesai dah..laju tak…kalau tak laju gak..beli computer baru confirm laju…
(10) Cara Mudah Untuk Mengubah Kebesaran cache (adjust large cache)
runregeditHKEY Local MachineSystemCurrent control setcontrol session managermemory management tukar kepada 0 atau pun 1 pada value ..
(11) Mematikan "system restore" untuk mendapat space bagi setiap drive
Bagi kebiasaan window xp nie dia akan menyimpan backup untuk system file di System Volume Information folder.Ini akan memakan sedikit ruangan space dalam hard disk tu.Kalau ko tak nak system nie hidup ko boleh matikan,takder kesan apa pun,Cuma takder backup file jerk…cara nya: control panel system klik system restore tandakan pada kotak "turn off system restore on all divice" apply lepas tu ko boleh delete folder system volume information …. Dengan syarat dekat view kena show hidden file and folder..baru ko leh nampak folder dia.
(12) Disablekan Xp boot logo
Untuk mendisablekan logo xp "splash screen" nie bukannya susah sangat..dan sekali gus akan mencepatkan lagi proses boot kita..caranya: pergi run taip edit boot.ini lepas tu isi kat situ /noguiboot dan /fastdetect pastu save dan restart ok simple jerk…..
(13) Menghilangkan Folder Shared Documents dalam my computer
Biasa kalau kita bukak my computer tu akan terdapat susunan drive,my documents,floppy dan cd rom…jadi sekarang kalau kita nak hilangkan folder shared documents tu dan tinggalkan hard disk drive dan device with removeable with storage maka caranya cam nie: gi dekat run regedit HKLocal Machine Software Microsoft Windows Current Version Explorer My computer Name Space Delegate folder klik dua kali kat delegate folder dan kita akan nampak subkey nie {59031a47-3f72-44a7-89c5-5595fe6b30ee} dan kalau ko delete subkey nie maka hilanglah shared documents dalam my computer tu.. dan kalau kau nak ada kan dia balik ko copy key kat atas tu kau pergi cara asal nak bukak delegate folder tu dan bila ko dah sampai kat situ ko klik kanan kat delegate folder,klik new,dan akan kuar subkey kat situ ko paste kat situ balik,nanti ada lah tu balik.....sebab ada sesetengah computer leh run cam biasa ada sesetengah lagi akan kuar masaalah bila kita nak refresh desktop....selamat mencuba......
(14) Menghilangkan "welcome screen" Ketika memulakan window XP
Gi run regedit Hkey_Users Default Control panel Desktop Font Smoothing (string value)' ko setkan 2
Hkey _Users Default Control Panel Desktop Font Smoothing Type (Hexademical Dword Value ) 'Pun ko set kepada 2 ..cuba rebbot,hilang tak kalau tak hilang,amik pemadam padam lahh....
(15) Shorcut untuk window XP
Windows: Display the Start menu
Windows + D: Minimize atau restore semua window yang dibuka
Windows + E: Explorer Window
Windows + F: Window untuk Search Result
Windows + Ctrl + F: Paparan Search
Windows + F1: Paparan Help dan Support center
Windows + R: Paparan Run
Windows + break: Paparan System Properties
Windows + shift + M: Undo minimize all windows
Windows + L: Untuk Log Off
Windows + U: Paparan Utility Manager
(16) Group Policy Untuk window Xp
Tak ramai orang tahu tentang group policy nie..group policy ni banyak dapat membantu pengguna window xp untuk menambah tokok dan mengurangkan apa yang terdapat pada perjalanan sistem window XP selain daripada penggunaan regedit...cara menggunakan "group policy" nie taip gpedit.msc dekat run,lepas tu terbukak lah group policy tu,macam2 ko boleh kat situ antaranya: mematikan sistem launching cd oleh xp pada setiap kali di masukan pada cdrom,membuang status massage pada logon ,logoff,shutdown,membuang error reporting,menjalankan program exe pada logon,script visible dan memacam lagi,ko tengok jer lah kat situ lepas tu ko pilih lah mana yang ko suka,segala penjelasan dia ada kat situ,dan aku rasa ianya lebih senang daripada kalau ko nak cari setting dekat regedit.....kalau tak mahir BI letak kamus inggeris melayu kat sebelah macam aku..... :
(17) Mendapatkan status admin pada window XP
Kalau ko tengok bebetul window xp (samada PROFESIONAL ataupun HOME) kau akan dapati terdapat satu akaun milik administor dan satu lagi milik kau dan jugak dalam status administor,admin?siapa admin tu?ko ker?...sebenarnya admin dalam window xp nie ada lah orang yang tak wujud tapi dia ada kat situ macam dia wujud jerk,cuba ko tengok misalnya ko tengah jalankan sesuatu program tapi program tu rosak,atau tak leh install atau apa saja masaalah yang keluar satu screen mengatakan suruh ko merujuk pada admin..nak rujuk macam mana,sedangkan computer tu ko punya,ko ler patutnya jadi admin..jadi kalau kita nak buang status administor yang takder nama tu...sekarang ko nak jadi admin kan,jadi ko buat cam niee: Ko restart lepas tu sedang proses reboot sebelum keluar lambang window lagi ko tekan F8 banyak kali masa pada safe mood dah masuk situ ko log sebagai administor,lepas ko masuk situ ko gi control panel,ko tukar password dia dan ingat password tu,ok lepas tu restart balik,ko akan dapati akaun administor tu dah hilang dah dan sekarang hanya ko sorang jerk admin..settle..
(18) Membuat Disket Pemusnah password (password Reset)
Bagi mereka yang menggunakan pc yang di kongsi ramai,mungkin pada pc tu akan terdapat beberapa akaun dan siap dengan password protection...sebagai mengambil langlah berjaga2 mungkin kita terlupa akan password kita,jadi kita perlu bersiap sedia sebelum kita tak boleh login akaun kita.untuk membuat "password reset disk" nie caranya : Pergi ke control panel user account pilih akaun anda Lihat di paparan sebelah kiri terdapat menu Related Task klik prevent forgetten password dan ikuti arahan kat situ ,bila dah siap jaga disket tu daripada di pakai orang lain .....
(19) Untuk membuang "Page File" ketika shutdown
Apa tu page file?aku pun tak tahu :..apa pun kalau ko nak cuba ko boleh cuba lah yerk....Cuma yang aku tahu ketika tu benda tu ada kena mengena dengan memory lahh...aku dah cuba dah,kesannya ko tengok sendiri lah yerk...kita kena berani cuba benda2 cam nie,baru leh buat windows versi melayu : ...caranya :
Control Panel Administrative tools local policies security options shutdown :enablekan dia ….lepas tu ko restart…. Dan untuk mereka2 yang tahu tentang page file nie, sila beri tindak balas untuk pengetahuan aku dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentangnya….
(20) Untuk meletak nama kita pada titlebar window media player
Tak teringin Ker korang nak letak nama sendiri kat software2 dalam window nie..Contohnya Kalau ko nak letak nama kat title window media player,dia akan jadi cam nie "Media Player provided by Seventh.Tech® . Tu kalau kau letak nama aku ler,jadi ko mesti nak letak nama sendiri kan,ok aku tunjukan caranya cam nie:run regedit HKEY_Current User_ Software Policies Microsoft ok pas tu ko klik kanan kat microsoft tu,ko buat subkey baru (new-key)dan ko letak nama dia WindowsMediaPlayer ..and then ko klik kanan kat key yang baru ko buat tu dan buat string baru (new - string value) dan namakan dia sebagai title bar... dan lagi lepas tu ko tengok kat screen sebelah dia ada benda nie REG_SZ,Value Name(title Bar)...Ko klik dua kali kat value name tu dan letak lah nama yang ko nak letak,dia akan jadi sebagai title bar pada window media player ko tu..lepas tu keluar dan reboot...see,your window media player have been provied by your name..suka tak?
(21) Defrag semua drive seminggu sekali..
Emm niee tips simple jerk,pasal nie tips aku yang paling last,jadi aku dah tak tahu nak letak apa,aku letak lah nie,kalau korang dah tau tentang defrag niee, tak perr lah,aku Cuma nak cakap kat orang yang tak pernah defrag..defragment nie dapat menambah dan meningkatkan performance window kita jugakan?mungkin kengkadang window kita macam berat jerk.jadi kita defrag lah?sebagai langkah penjagaan pc kita?caranya : pergi kat start All program accessories system tool Disk Defragmenter ..pas tu defrag lerr sesatu tu..dan tambahan lagi..ada jugak file yang memberatkan kan dalam pc kita.. file apa tu ?ko taip *.chk *.tmp *.bak dekat search lepas dah kuar semua file2 tu ko delete semua tu. Ok selesai..ringan sikit pc korank..
ha ada 21 tips...sikitt je tue..bwat la yg korang termampu bwat ya..demi laptop/komputer kesayangan anda
Sumber DOKTOR KOMPUTER
Langgan:
Catatan (Atom)