Sabtu, 25 Julai 2015

Briged AL-QASSAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yg sudi membaca nukilan ini.
Kali nie post ttg Briged Al-Qassam . Pasti semua tahu kan ttg briged Al Qassam nie, satu skuad yg menentang israel laknatullah. Israel sgt gerun dgn mereka mereka ini kerana sgt berani dlm bertempur. Mereka berani kerana mempunyai matlamat yg tinggi. Iaitu MATI SYAHID . jadi sebelum mereka menjadi hebat terlatih spt sekarang pasti ada sejarah di sebalik penubuhannya. Tokoh yg menubuhkan Briged Al- Qassam ini adalah Sheikh Izzudin Al-Qassam . Beliau lah tokoh penggerak Briged ini. Jadi sama sama kita selusuri sejarah kehidupan beliau .

Walaupun sudah hampir tiga suku abad sejak pemergiannya, memori tentang Sheikh Izzudin Al-Qassam masih subur di sanubari kebanyakan Muslim terutamanya mereka yang berada di negara-negara Arab. Beliau dilihat sebagai ikon Islam yang mengilhamkan penentangan ke atas penindasan, kezaliman politik dan penjajahan kuasa asing, Sheikh itu terus menjadi sumber inspirasi kepada beribu-ribu orang anak muda Muslim yang mahu mengikuti cara beliau.
Maka, ia bukanlah satu kebetulan yang sayap pertahanan pergerakan kebebasan Palestin iaitu Hamas, Briged Al-Qassam dinamakan sempena nama beliau.
Tidak seperti ulama' lain di zamannya, Sheikh Al-Qassam berjaya menggabungkan pencerahan tentang agama dengan kesedaran politik serta penentangan bersenjata ke atas penjajah Perancis di Syria pada tahun 1920an dan kemudiannya beliau menentang tentera Mandat British di Palestin pada awal 1930an.
Dalam banyak-banyak khutbahnya di Syria dan Palestin, Sheikh Al-Qassam mengajarkan yang jika setiap Muslim tidak membantu sesama sendiri, tiada sesiapa yang akan membantu mereka dan umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dalam pelbagai cabang bagi melahirkan umat Islam yang hebat.

Kebebasan dan Kemerdekaan
Sheikh Al-Qassam sering berkata, "Di mana-mana pun nama Allah disebut, ini adalah negara saya". Beliau juga mengajarkan yang sebenar-benar perpaduan hanya boleh direalisasikan di bawah panji Islam.
Beliau berkata, "Tanpa Islam, kita hanya akan jadi puak-puak yang jauh terpisah, masing-masing asyik berfikir dengan pemikiran yang sempit".
Sheikh Al-Qassam menentang konsep semangat kewilayahan  sekeras-kerasnya dan mengatakan ia sama sahaja seperti berpuak-puak sedangkan Islam menyatukan umat Islam di bawah panji yang memberi mesej yang luhur secara universal tentang persaudaraan di bawah kekuasaan Tuhan.Beliau sering berkata, "Di mana sahaja nama Allah disebut, di situlah negara saya'. Penulis biografi mempunyai percanggahan pendapat tentang tarikh kelahirannya. Walau bagaimanapun, terdapat pendapat yang meluas mengatakan bahawa beliau dilahirkan sekitar tahun 1880 di sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Jableh berdekatan dengan utara bandar Latakia di sepanjang persisiran pantai Syria.
Pada usia yang muda, Sheikh Izzudin pergi ke sekolah agama tempatan di kampungnya, mempelajari asas Bahasa Arab dan juga Quran serta Hadith.
Beberapa tahun kemudian, dalam lingkungan usia 15 atau 16, beliau pergi ke Kaherah untuk mempelajari Syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau tinggal di Mesir selama 9 tahun di mana beliau meluaskan pengaruh dan menjadi terkenal dengan keadaan kontemporari di seluruh negara Islam. Pada usia 25, beliau kembali ke Syria di mana beliau mulakan pengajaran dan ceramah di masjid-masjid tempatan.
Walau bagaimanapun, tidak seperti ulama' kontemporari lain, tumpuan Sheikh Al-Qassam bukan sahaja ditumpukan semata-mata pada pengajian Syariah dan mendidik orang buta huruf.
Beliau juga menyuruh umat Islam untuk menentang dan menangkis penaklukan dan penjajahan Barat di mana tiada negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara mampu untuk melepaskan diri daripada belenggu penjajah.
Pada awal 1920an apabila tentera Itali menjajah Libya, Sheikh Al-Qassam menyeru rakyat Libya untuk bangkit menentang penjajahan Barat.

Melawan Penjajah
Beliau mengadakan tunjuk perasaan ke atas pihak Itali, menyuruh orang ramai mendermakan wang untuk Mujahidin Libya. Menurut seseorang, Sheikh Al-Qassam menjual rumahnya di kampung halaman di Jableh bagi membeli senjata untuk menyokong penentangan rakyat Libya di bawah pemerintahan Sheikh Omar Al-Mukhtar. Apabila rakyat Syria mula bangkit untuk menentang penjajahan Perancis, Sheikh Al-Qassam menjadi tunggak revolusi dalam menentang pihak penjajah.
Pada mulanya, pihak Perancis mencuba cara "carrot approach" atau menawarkan ganjaran kepadanya tetapi beliau lebih rela menolak permintaan Perancis dan sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan penjajah itu.
Berdepan dengan perbuatannya yang tanpa kompromi terhadap mereka, pihak tentera Perancis cuba untuk membunuhnya. Walau bagaimanapun, selepas berbulan menyembunyikan diri dan melawan, Sheikh mengetahui bahawa pihak Perancis semakin dekat dengannya.
Maka beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Damsyik di mana beliau mengambil tempat dalam peperangan yang terkenal iaitu "Maysaloun", di mana bilangan tentera Syria yang sedikit dan tidak mempunyai senjata yang canggih, cuba menangkis serangan Perancis tetapi tidak berjaya.

Di Palestin...
Sheikh Al-Qassam merupakan seorang perancang taktik yang hebat bilamana beliau telah bersedia untuk berjuang menentang pihak Mandat British. Bilamana pihak Perancis memburu Sheikh dan pemimpin lain semasa kebangkitan Syria, Sheikh Izzudin Al-Qassam bertindak untuk bergerak ke selatan menuju Haifa, Palestin pada tahun 1922.
Apabila berada di Palestin, Sheikh berjaya memenangi hati rakyat tempatan dan beliau menjadi imam dan penceramah di Masjid Al-Istiklal di bandar itu.
Dalam salah satu khutbahnya, Sheikh memberitahu bahawa umat Islam perlu menangkis dan menentang penjajahan kuasa asing secara aktif, seperti Perancis di Syria dan British di Palestin, dan berkata bahawa Muslim yang mati menentang penjajah pasti menjadi syahid.
Sebagai tambahan, dalam peranan beliau bagi memupuk pengajian agama dan kesedaran umat Islam, Sheikh mengembara ke seluruh Palestin, menyeru semua orang untuk bersedia bagi berjihad menentang pihak berkuasa Mandat British yang membenarkan sejumlah besar pendatang Yahudi untuk tinggal di Palestin, kesan daripada Pengisytiharan Balfour yang terkenal di zaman itu.
Sheikh mempunyai kepercayaan yang utuh pada kekuatan umat Islam. Pada 1929, terdapat khabar angin mengatakan bahawa pendatang Yahudi merancang untuk membakar Masjid Al-Istiklal di Haifa. Sesetengah pengikutnya bercadang untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak British untuk menggagalkan rancangan orang Yahudi. Walau bagaimanapun, Sheikh menentang cadangan itu dengan keras, sambil berkata bahawa umat Islam perlu mempertahankan masjid-masjid mereka dengan darah mereka sendiri.
Masjid yang dilindungi oleh musuh tidak akan mendatangkan nilai, katanya.Beliau juga menggesa rakyat Palestin untuk menjual apa-apa sahaja barangan walaupun barang kemas isteri mereka untuk membeli senjata bagi mempertahankan tanah mereka, kehormatan mereka dan maruah mereka.
Suatu hari bilamana beliau berceramah, beliau menunjukkan sepucuk pistol yang disorokkan di bawah jubahnya dan berkata kepada hadirin, "dia adalah antara kamu yang mempercayai Tuhan dan Hari Pembalasan patut memiliki satu (pistol) seperti ini".
Sheikh tidak menggemari hiasan yang melebih-lebih di masjid kerana beliau berkata yang wang itu diperlukan untuk membiayai pembelian senjata bagi melawan pihak penjajah di negara mereka.
Beliau mengetahui bahawa pihak Zionis merancang untuk menawan Palestin dan menghapuskan atau menghalau rakyatnya daripada tanah mereka sendiri. Sesungguhnya ramalan beliau telah menjadi kenyataan.
Sheikh Al-Qassam merupakan seorang perancang taktik yang hebat bilamana beliau telah bersedia untuk menentang penjajah British. Namun beliau sedar bahawa sumber yang banyak, perpaduan dan kekuatan juga diperlukan. "Jika kita tidak membantu diri kita, tidak ada orang yang akan membantu kamu", beliau sentiasa mengingatkan kepada penentang British itu.
Pada 1934 hingga 1935, operasi penentangan mula untuk mencapai kejayaan kepada yang lain seperti operasi kelolaan Sheikh tersebar di kawasan Tulkarm, Nablus dan Jenin. Pihak Mujahideen berjaya memburu sejumlah pegawai British, menyerang pasukan bantuan tentera British dan menghukum tali barut yang membocorkan maklumat tentang penentangan itu kepada British.

Pemergian Sheikh Izzudin Al-Qassam Kejayaan Mujahideen dalam menentang pihak British telah melahirkan ramai penduduk tempatan yang bersemangat, mendorong ramai anak muda untuk menjadi Mujahideen. Ia telah menaikkan kemarahan pihak British yang kemudiannya bertindak melancarkan kempen bagi memburu Sheikh Al-Qassam. Walaupun begitu, daripada melarikan atau menyorok, Sheikh dengan rasminya mengisytiharkan revolusi di dalam hutan di pekan Ya'abud berhampiran dengan Jenin. Sungguhpun, pihak British mampu mengesan Sheikh dan pengikutnya. Tambahan pula, sejumlah besar tentera British dikerahkan dalam usaha mendapatkan Sheikh Al-Qassam sama ada hidup atau mati.
Apapun, Sheikh tidak mahu menyerah kalah dan berlakunya pertempuran yang hebat di mana ramai tentera British kehilangan nyawa.

Pada November 20, 1935...
Jasad Sheikh Izzudin Al-Qassam dan sebahagian daripada pengikutnya ditemui di medan pertempuran .Pemergian beliau telah mengejutkan Palestin keseluruhannya dan seramai 10 ribu orang mengambil tempat di majlis pengebumian beliau di Haifa, Palestin.
                           -TAMAT-
Pasti ada yg terkesan setelah membaca kisah hidup beliau. Yg sanggup mengorbankan keseluruhan hidupnya utk Islam. Subhanallah. Semoga ada Ar-Rijal yg akan menjadi seperti beliau.
Sekian wallahu a'lam.
#KipidapHinggaKemenangan


Kredit to : Usrah Syababul Muslimeen

"MATI SYAHID HIDUP MULIA"

LOGO BRIGED AL QASSAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan