Ahad, 5 Jun 2011

best & Terbaik ~_~

assalamualaikum... selamat malam semua..da tidor ke??

semalam da abis baca novel 'DOKTOR CINTA'....best novel tue..
banyak pengajaran dan nilai2 murni...

nie sinopsis novel 'DOKTOR CINTA'
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

>nak tau ape yg terjadi kena la bace mane best bace sinopsis je<

mesti ade yg pelik,boys baca novel cintan-cintan
my hobby is reading...
x kira la novel cintan ke,cite hantu ke,semua saya baca...janji ade bab 1,2,3,4,5 kalau start bab 6 dah x paham ape sebenarnya cite tersebut..heheh
membaca untuk mengisi masa lapang la katakan...hehehe
'BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA'
semoga saya berjaya dunia akhirat...amin
satu lagi skrg sy tgah baca novel 'AKULAH CINDERELA'..da abis bace sy kongsi best ke x novel tue...
ok tue je la nak habaq mai..
selamat malam..assalamualaikum
jgn lupa basuh kaki..nanti mengigau hantu kak limah..huhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan