Khamis, 30 Jun 2011

Tahniah buat HARIMAU MALAYA...

sapa yg ada tgok MALAYSIA VS TAIWAN a.k.a CHINESE TAIPE....

HBAT kan...HARIMAU MALAYA main....

jaringan SAFIQ RAHIM saya suka...^_^...
dengan mudah dia merembat dari luar kotak penalti dan GOOOAAALL!!!!

jaringan kedua Malaysia jugak hebat..AIDIL ZAFUAN menanduk bola terus ke dalam gol...

saya berdoa semoga MALAYSIA menang dalam perlawanan timbal balik dekat TAIWAN..
dan melangkah ke pusingan ke-2 kelayakan piala dunia....yepi!!

sapa2 yg belum tgok...kita layan dulu...^_^



go MALAYSIA GO!!

about yesterday! & today at School...

assalamualaikum...

semalam saya xgi sekolah....
DEMAM!...effect of resdung...

hadui,
telepas nak belajar add math kat skolah semalam...prinsip akaun pun sama..

pgi sekolah ari nie....masa add math otak blurr xtau apa cikgu cakap...sebab xdatang semalam... kesssiann sungguh....

masa prinsip akaun pulak:
CIKGU:syamil semalam awak xdatang kan?
SAYA:ye cikgu,saya demamm a.k.a sakit...
CIKGU:OK,buat kerja yg semalam yang dah ttinggal(semalam kerja rumah dya kna buat 2 akaun yg berbeza satu akaun penuh satu muka surat ada lebih2 gi muka surat sbelah...perggh terbaik!memerah otak untuk berfikir...)hari nie pun sama gak 2 akaun...

btw,best! belajar akaun...hehe

Selasa, 28 Jun 2011

peristiwa 27 Rejab penuh dengan pengajaran

hari nie 26 Rejab..
Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan
Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab
InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang
sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama
Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah
kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku
pada diri baginda Rasulullah SAW.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir
sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang
menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan
umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus
membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu
penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti
bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada
cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali
murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di
bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin
malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi
Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus
menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan
Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan
tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga

Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orangorang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-
Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.
Wallahua’lam.

Bila PenyakitKu datang....

assalamualaikum semua..

hari nie,saya tak sihat...doakan saya sembuh...
penyakit saya came again...penyakit yang datang nie 'RESDUNG'...mesti korang kan kata resdung je...bukan sakit jantung...bagi saya ianya dah buat saya jadi lembik & tak bermaya, xde smangat...samapi xboleh bukak dah mata nie...
I hope my disease won't come when I at SCHOOL...
bila datang je REDUNG kat kelas,xde mood terus,xfokus langsung ngan apa cikgu ngajar....
nak balik nak balik...tue je perkataan yang terlintas dalam fikiran bila resdung datang...haadoi.

kalau nak datang pun,datang la mase cuti...dalam kelas saya ada la 3-4 orang yang berpenyakit macam saya...
tapi,syukur la jugak..
mungkin Allah bagi sakit nie untuk kifarah DOSA yang lalu...

this about RESDUNG...bace la..

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila
anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih
parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


petua mencegah resdung;


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.


2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.


4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.


5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.


6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.


7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Ok,
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda
ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni,
bolehlah anda share dengan diorang petua ni.

Ahad, 26 Jun 2011

Jadikan Pengajaran!

Assalamualaikum

adakah kita mengambil pengajaran dari GEMPA BUMI & TSUNAMI yang berlaku di NEGARA MATAHARI TERBIT-JEPUN ???

TEPUK DADA TANYA SELERA....jawapannya

pakar-pakar kaji bumi menyatakan ianya hanya FENOMENA ALAM...
berlaku pergeseran di dalam laut menyebabkan TSUNAMI..


kita tidak melihat dari persepsi ISLAM..
GEMPA BUMI & TSUNAMI yang berlaku di jepun itu sebenarnya WARNING dari TUHAN PEMILIK ALAM SEMESTA INI iaitu ALLAH S.W.T...

Allah telah menyebut dalam AL-QURAN supaya manusia tidak melampaui batas..

ALLAH AKAN MENURUNKAN BALA KEPADA SESIAPA YANG MELAMPAUI BATAS.
TIDAK MENGIRA PANGKAT,HARTA..

oleh itu renung-renungkan lah tentang peringatan yang allah timpakan....

Sabtu, 25 Jun 2011

Alangkah Hidup Ini...



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

Cute!

assalamualaikum & selamat pagi...

handphone umie saya rosak..
so,semalam I with my parent go to phone shop...
nak gi survey handphone...

ada pulak kat situ promosi buy 1 free 1
umie pun beli la handphone tue..
umie ambil yang nie

comel x?
klik gambar untuk zoom....


yang free a.k.a. saya punya

hahaha...cute kan?
sebesar tapak tangan je saiz dia nie...
function dia besa2 je...
ade radio,torchlight..

yang penting boleh call & sms

Jumaat, 24 Jun 2011

dah dekat dah!!!

pejam celik-pejam celik dah bulan Rejab...banyak peristiwa berlaku bulan nie ... tau ke? xtau jom klik kat sini

nie nak khabarkan berita gembira...
tinggal sebulan lebih saja lagi kita akan berpuasa di bulan ramadhan....

sapa yang xganti lagi puasa yang kantoi tahun lepas dah ganti ke belum?
kalau belum ganti baik puasa...nanti kena bayar fidyah...

bulan Rejab nie banyak keistimewaan dia...nak tau?
klik kat sini..

so,ganti la puasa anda di bulan Rejab...banyak fadhilat dia

ok..assalamualaikum

peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

10 Punca Lemah dan Mengantuk Serta Cara Mengatasi

Pos nie diambil di SINI....
copy untuk pengetahuan kita semua

1. Tidak cukup tidur

Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia)

Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi

Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid

Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.

Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.

Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung

Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Baca juga 5 faktor risiko penyakit jantung.

Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Bad Result!

assalamualaikum semua?
semoga berada dalam lindungannya...

hari nie nak cite pasal 'HARI PERMUAFAKATAN IBUBAPA 2011 DI SMKTPPTM'

burukcsungguh result 'MID YEAR EXAM ' baru2 nie...
banyak subjek yang menurun...huhuhu..

mase bulan 3 o.k...bulan 5 k.o
3G plak tue...haddoy

tapi ape pun..'USAHA TANGGA KEJAYAAN'

xtau nak cakap pe lagi..

K bye
assalamualaikum

Ahad, 19 Jun 2011

Keistimewaan Bulan Rejab!

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan...


wallahu alam

Jumaat, 17 Jun 2011

Kawan Makan Kawan

Jangan Berkawan dengan 5 golongan
  1. Pembohong...
  2. Bodoh
  3. Kedekut & bakhil
  4. Orang yang menakutkan
  5. fasik
'Barangsiapa memudahkan jalan seseorang mukmin,Allah S.W.T akan memudahkan jalan baginya'

Doa minta dijauhi dari perasaan hasad dengki

>Surah Ad-Dukkhon,Ayat 12
>Surah Al-Qamar,Ayat 10

Jumaat, 10 Jun 2011

JOm Pergi Makan Fried Chicken Uncle Bob Dekat 'UMIESYA ENTERPRISE'

nie nak cite..
my mom dah bukak kedai baru dekat Taman Tas.belakang Maybank

nama kedai 'UMIESYA ENTEPRISE'
jom la datang kat sini..special!

apa yang special nye?

ada jual fried chicken Uncle Bob..sedap!
sedap ke?
lebih sedap dari KFC...
ha,korang mesti try..

lagi2,apa yg special?

sini ada jual produk 'YUSMIRA'
ala,produk dia semuanya berasaskan herba halia..

lagi2..

jual produk 'REVELL'...
macam2 ada...
jus,ubat,kosmetik,shampo0,
kiranya semua ada....

lastly,
my mom jual kerepek2,keropok2..

so,conclusion dia..
korang kena datang sendiri tgok apa yg ada dekat sini...

malam nanti insya-allah saya upload gambor kedai..ok?
skrg nie tgah jaga kedai...
ok la..sampai sini dulu crita tgahari nie....

assalamualaikum..
pesanan tengahari dari saya:hati-hati di jalan raya ingat lah orang yag tersayang...

Khamis, 9 Jun 2011

Alamak Rosak Dah laa...~_~

my handphone ops!my sister phone...
yang satu tue hang...
yang satu tue no coverage...

nasib badan la...
handphone sendiri pgi ******..hehehe
biarlah rahsia...

bukak skolah nie..nak kumpul duit la nak beli phone baru
xnak la yang mahal2 blackberry / Iphone 4 pun cukup!hahaha..
xde la..HANDPHONE YANG BOLEH CALL DENGAN SMS cukup la... kalau nak yang mahal2 tunggu kerja la...btul x?

SAPE NAK SPONSOR HANDPHONE SATU.....?HEHEHE

doakan saya supaya handphone yang nak beli nanti jangan cepat rosak ya?
tunggu lepas kumpul duit la dalam 4 bulan lagi...
sabar je la syamil...

ok la nak out da nie..
pesanan malam nie:jangan lupa cuci kaki sebelum tidur & jangan lupa baca doa tidur...

assalamualaikum,
good night..

dah nak bukak dah

pejam celik-pejam celik dah nak habis da cuti 2 minggu...
wa!sekejap sungguh..
petang nie abah umie sampai la dari Sabah bha...

da nak bukak school da..
x sabar nak dapat result exam...
tapi sayangnya,ada 2paper lagi x ambik..
huhuhu..

em,tu ja la...
semoga bukak sekolah penggal kedua nanti ada SEMANGAT BARU AZAM BARU UNTUK BEJAYA SPM 2012 ,tiada siapa yang mampu mengubah diri kamu melainkan kamu sendiri yang berubah

Rabu, 8 Jun 2011

Apabila Berjaya Jangan Lupa Daratan....

Assalamualaikum semua...
cuti2 nie korang semua buat apa ye?
masa cuti nie la nak update hari2...hehehe
masa school seminggu sekali je..

ok straight to the point...
baru je abis tgok telemovie 'KORBAN KASIH AYAH'
banyak pengajaran dan pembelajaran dalam cerita tue...

sinopsis telemovie 'Korban kasih abah'

Jamilah anak yatim,dia tinggal dengan ayah dia..dia minat sangat dalam bidang nyanyian...satu hari ada ujibakat nyanyian..so,dia minta restu ngan abah dia untuk pergi ujibakat tue,Jamilah telah terpilih dalam ujibakat tue...selepas ujibakat nyanyian tue,kehidupan 2 beranak berubah,Jamilah terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur jika ingin mengembangkan bakat nyanyian,abah nya pula terpaksa tinggal seorang diri apabila Jamilah berhijrah ke KL,nasib baik ada jiran yang baik hati yang jaga makan minum abah Jamilah,lepas dia popular...dia dah lupa akan asal-usul dia..
satu hari tuee,abah dia kena belasah oleh konco2 pengurus Jamilah,sebab abah Jamilah nak gi tgok Jamilah nyanyi..
last2,abah Jamilah masuk hospital..(x ingat dah sbab apa tpi kena bdah la,sorry), masa tue baru Jamilah sedar yang dia bagai kacang lupakan kulit..masa tue la dia insaf...ending dia abah dia jadi pengurus Jamilah..

1.bila kita nak lakukan sesuatu pastikan ianya mendapat restu umie ngan abah kita... bila dah dapat restu barulah senang kita berjaya dalam sesuatu benda...


2.Bila kita dah berjaya jangan lupakan mak ngan ayah kita...kerana susah payah mereka besarkan kita

3.jangan jadi si tanggang-syurga di bawah telapak kaki ibu

tue je la nak post..assalamualaikum

Selasa, 7 Jun 2011

cuti yang xde maknanya..

cuti kali nie bosannn la...xde aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan...
just facebook'ing',ber blog'ing',youtube'ing',gamming
makan,tidur tue je la rutin harian...
my parent xdok..gi sabah bah..ade urusan belum selesai yang perlu diselesaikan...
mgkin lpas sy download adobe photoshop 7,kurang la borink nie...tunggu untuk dipraktikkan!

wallahu a'lam

Isnin, 6 Jun 2011

jangan sakitinya dengan lidahmu...



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jagalah taqwa kepada Allah s.w.t. sebab taqwa itu menghimpunkan segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat Islam. Dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran, sebab ia cahaya penerangan untukmu dibumi dan sebulatan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan laknatullah."

Abul Laits berkata: "Taqwa kepada Allah s.w.t. ialah mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya, maka siapa berbuat demikian bererti telah menghimpunkan semua kebaikan. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakanlah yang baik sehingga untung dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan laknatullah kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan laknatullah. Dan Allah s.w.t. akan menutup auratnya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang menempeleng (memukul) hambanya maka tebusan dosanya ialah memerdekakannya dan siapa yang menjaga lidahnya Allah s.w.t. menutupi auratnya. Dan siapa yang menahan marahnya maka Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari siksaNya dan siapa yang minta maaf kepada Allah s.w.t. pasti Allah s.w.t. menerima permintaannya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang percaya (beriman) kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian, maka harus menghormati tamunya dan harus memuliakan tetangganya dan harus berkata baik atau diam."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ya'la berkata: "Kami masuk ketempat Muhammad bin Suqah Azzahid, maka ia berkata: "Mahukah saya sampaikan kepadamu hadis yang mungkin berguna bagimu sebagaimana telah berguna bagiku?" Atha'bin Abi Rabaah berkata kepadaku: "Hai anak saudaraku, orang-orang yang dahulu dari kamu itu tidak suka bicara yang tidak perlu atau bukan kepentingannya, dan mereka menganggap tiap bicara yang tidak perlu itu sia-sia kecuali kitabullah dan amar ma'ruf dan nahi mungkar, atau keperluan kehidupan sehari-hari." Kemudian ia berkata: "Apakah kamu dapat membantah ayat (Yang berbunyi): "Wa inna alaikum lahaa fidhin kiraaman kaatibien." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya padamu ada Malaikat yang baik-baik tukang mencatat." Anil yamini wa anisysyimali qa'ied." (Yang bermaksud): "Disebelah kanan dan kiri tempat duduk." Maa yalfidzu min qaulin illa ladaihi Raaqibun Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan ada Malaikat yang mencatat iaitu Malaikat Raqib dan Atied." Apakah tidak malu salah satu kamu bila dibuka lembaran amalnya, dunia yang utama bahkan hanya yang tidak penting dan lebih-lebihan semata-mata?"

Abul Laits dari ayahnya dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:

Diam dan ini ibadat yang pertama

Tawadhuk

Dzikrullah atau berzikir

Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)

Juga diceritakan bahawa sabda ini juga dikatakan oleh Nabi Isa a.s.

Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaiknya Islam seorang itu jika dapat meninggalkan apa-apa yang bukan kepentingannya."

Lukman Alhakiem ketika ditanya: "Apakah yang dapat menyampaikan engkau ketingkat yang sedemikian itu?" Jawabnya: "Kerana benar tutur kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa-apa yang bukan kepentinganku."

Abu Bakar bin Ayyasy berkata: "Empat raja mesing-masing melepaskan kalimat yang bagaikan anak panah. Raja Kisra berkata: "Saya tidak menyesal terhadap apa yang belum aku katakan dan adakalanya menyesal terhadap apa yang terlanjur saya katakan." Raja Cina berkata: "Selama saya belum melepaskan kalimat maka tetap saya mengusainya tetapi jika keluar maka ia memiliki aku." Raja Kaisar berkata: "Saya lebih mudah menahan apa yang belum saya katakan dan tidak dapat mengembalikan apa yang telah aku katakan." Raja India berkata: "Sungguh hairan dari orang yang mengatakan satu kalimat jika dituntut berbahaya dan jika tidak dituntut tidak berguna."

Arrabie' bin Khaitsam biasa jika pergi mengambil kalam dan kertas dan tiada berkata sepatah katapun melinkan dicatat kemudian petangnya diperbaiki dirinya.

Abul Laits berkata: "Demikianlah perbuatan orang zahid, mereka menjaga benar-benar lidah dan memperhitungkan diri didunia. Dan demikian seharusnya seorang muslim mengadakan perhitungan amalnya selama masih didunia sebelum diperhitungkan diakhirat, sebab hisab perhitungan dunia jauh lebih ringan dari hisab perhitungan diakhirat."

Ibrahim Attaimi berkata: "Seorang kawan dari Arrabi' bin Khaitsam berkata: "Saya telah berkawan dengan Arrabi' selama dua puluh tahun, maka belum mendengar daripadanya satu kalimat yang dapat disalahkan (dicela)."

Musa bin Saied berkata: "Ketika Alhusein bin Ali r.a. terbunuh maka ada orang berkata: "Mungkin hari ini Arrabi akan berbicara." Maka ia pergi ketempat Arrabi dan memberitahu bahawa Alhusein r.a. terbunuh, maka Arrabi segera melihat kelangit sambil berdoa (Yang berbunyi): "Allahumma faa thirassamawati wal ardhi aalimal ghoibi wasysyahadati anta tahkumu baina ibaadika fima kaanu fihi yakh talifun." (Yang bermaksud): "Ya Allah yang mencipta langit dan bumi, yang mengetahui semua yang ghaib dan terang, Engkau yang menghukum semua hambaMu dalam semua yang mereka perselisihkan, dan tidak lebih dari itu."

Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:

Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya

Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna

Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya

Membuka rahsia pada semua orang

Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.

Nabi Isa a.s. berkata: "Tiap kalimat yang bukan dzikrullah itu lelehan (laghu) dan tiap diam yang tidak untuk berfikir, maka itu kelalaian dan tiap pandangan yang bukan perhatian, maka itu permainan, maka untung orang yang perkataannya dzikrulllah dan diamnya untuk berfikir dan pandangannya itu perhatian dan pengertian."

Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja (amal)."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq iaitu:

Pengertian agama

Berhati-hatilah dalam lidah

Senyum dimuka

Nur (terang) dalam hati

Cinta kepada kaum muslimin

Yahya bin Aksam berkata: "Tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."

Lukman Alhakiem berkata kepada anak lelakinya: "Hai anak, siapa yang bersahabat pada seorang yang jahat tidak selamat dan siapa yang masuk ditempat yang jelek tertuduh dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya menyesal."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Untung orang yang dapat menguasai lidahnya dan jinak dirumahnya dan menangisis dosa-dosanya."

Abul Laits berkata: " Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Sesungguhnya lidah orang yang bijaksana itu dibelakang hatinya, sehingga bila ia akan berbicara difikir benar-benar dalam hatinya jika baik maka dikatakannya dan jika berbahaya maka ditahannya, dan orang yang bodoh akalnya dihujung lidahnya, apa yang akan dikatakan langsung dikatakannya. (Yakni tidak difikir baik buruknya)

Abul Laits berkata: "Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: "Ya Rasulullah, apakah yang tersebut dalam shuhuf Ibrahim a.s?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Didalamnya ada contoh-contoh dan nisahat-nasihat seperti: "Seharusnya seorang yang berakal selama tidak terbalik akalnya menajga lidahnya, mengetahui keadaan masanya, rajin pada urusannya. Dan siapa yang menganggap bicara itu termasuk amalnya maka sedikit bicara kecuali jika penting (perlu)."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Seharusnya seorang yang berakal itu tidak tekun kecuali dalam tiga macam iaitu:

Usaha untuk keperluan hidupnya

Beramal untuk hari kemudian

Bersuka-suka yang tidak haram

Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata: "Seorang yang berakal harus dapat mempergunakan waktu siang dalam empat waktu iaitu:

Waktu untuk munajat kepada Allah s.w.t.

Waktu untuk memperbaiki diri

Waktu untuk mempelajari ilmu dari orang yang dapat menasihat dan menerangkan kepadanya dalam urusan agamanya

Waktu untuk memuaskan nafsunya yang halal dan baik

Juga ia berkata: "Seharusnya seorang yang berakal selalu memperhatikan urusannya dan mengenal orang-orang dimasanya. Dan menjaga kemaluan dan lidahnya." Abul Laits menyebut bahawa kalimat-kalimat ini tersebut dalam Hikmat Nabi Daud a.s.

Anas bin Malik berkata: "Luqman Alhakiem ketempat Nabi Daud a.s. sedang Nabi Daud a.s. membuat baju besi untuk perang, maka Luqman kagum melihat Nabi Daud a.s. bekerja dan akan menanya tetapi tertahan oleh hikmatnya sehingga tidak bertanya dan ketika telah selesai dicuba baju itu oleh Nabi Daud a.s. sambil berkata: "Sebaik-baik baju besi untuk perang, dan baik pula yang mengerjakannya." Lalu disambut oleh Luqman: "Diam itu himat tetapi sedikit yang dapat melaksankannya."

Seorang pujangga berkata (Yang berbunyi): "Al ilmu zainun wassukutu salamatun, fa idza nathaq ta falaa takun miktsaara. Maa min nadimta ala sukutika marratan walaqad nadimta alal kalami miraara" (Yang bermaksud): "Ilmu itu perhiasan dan diam itu keselamatan, maka bila engkau berkata-kata maka jangan banyak-banyak. Jika engkau menyesal kerana diam satu kali, maka sungguh engkau akan menyesal kerana bicara berulang kali."

Dilain riwayat pula dikatakan bahawa Luqman sabar tidak menanya itu hingga satu tahun lamanya. Seorang pujangga berkata: "Yamutul fata min atsratin bilisanihi, walaisa yamutul mar'u min ats ratirrijli." (Yang bermaksud): "Seorang akan mati kerana tergelincir lidahnya dan tidak ada orang mati kerana tergelincirnya kaki." dan kata pujangga juga berbunyi: "Laa tanthiqanna bimaa karihta fatubbamaa nathaqallisaanu bihaaditsin fayakuun." (Yang bermaksud): "Jangan mengucapkan apa yang tidak engkau suka sebab kemungkinan lidah itu mengucapkan sesuatu maka terjadi apa yang dikatakan itu."

Humaid bin Abbas berkata: "La'amruka maa syai'un alimtu makanahu, ahaqqa bisijnin min lisaanin mudzallali. Ala fika mimma laisa ya'nika sya'nuhu, biquflin watsiqin haitsu kunta ilaihi sahmu hatfin mu'ajjali. Walasshamtu kahirun min kalaamin mumazihin, fatun shaamitan taslam wa in kunta abqhadh tal baghidha fa'ajmili. Fainnaka laa tadri mata anta mubghidhun habibaka au tahwa baghidhaka fa'qili." (Yang bermaksud): "Demi sesungguhnya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya, sangat layak untuk dipenjarakan seperti lidah yang sangat lemas. Yang ada dimulutmu kau penjara dari segala yang bukan kepentinganmu dengan kunci yang kuat sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang bergurau tetapi membawa panah yang menyebabkan mati dengan segera. Dan diam itu tetap lebih baik dari kalimat yang bergurau, maka jadilah engkau seorang pendiam supaya selamat dan bila berkata maka harus adil. Dan jangan sebarangan terhadap kawan dan bila kau membenci maka engkau akan membenci maka sedang-sedang saja sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau akan membenci kekasihmu atau sayang pada yang kau benci, kerana itu hendaklah engkau berakal."

Seorang cendikiawan berkata: "Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:

Diam itu ibadat tanpa susah payah

Perhiasan tanpa berhias

Kehebatan tanpa kerajaan

Benteng tanpa pagar

Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang

Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal

Menutupi segala aib

Juga disebut bahawa diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

Seorang cendikiawan berkata: "Jasmani anak Adam terbahagi kepada tiga iaitu:

Hati

Lidah

Anggota badan

Dan Allah s.w.t. telah memuliakan masing-masing dengan kemuliaan sendiri-sendiri, memuliakan hati dengan ma'rifat dan tauhid. Dan memuliakan lidah dengan kalimat syahadat iaitu Laa ilaha illah dan membaca al-quran dan memuliakan semua anggota badan dengan sembahyang, puasa dan lain-lain cara ibadat. Dan Allah s.w.t. menyerahkan masing-masing itu pada pengawas dan pengawal. Maka hati diawasi oleh Allah s.w.t. sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang ada didalam hati perasaan kecuali Allah s.w.t. sendiri dan lidah diserahkan kepada Malaikat Raqib dan Atied. Ayat yang berbunyi: "Maa yal fidhu min qaulin illa ladaihi Raqib Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat Raqib dan Atied." Dan anggota badan lain diserahkan kepada perintah dan larangan dan masing-masing diminta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati iaitu tetap beriman tanpa hasud, iri hati atau kianat dan tipu daya. Dan kejujuran lidah tidah ghibah, dusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan kepentingannya. Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat dan tidak menggangu orang muslim. Maka siapa tidak jujur hatinya bererti munafiq dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan siapa tergelincir anggota badannya maka ia maksiat (berdosa)."

Alhasan berkata: "Umar bin Alkhaththab r.a. melihat pemuda maka ia berkata: "Hai pemuda, jika engkau menjaga bahaya tiga macam maka engkau terhindar dari bahaya kepemudaanmu (remaja) iaitu: "In wuqita syarra laglaqika wadzab dzabika wa qabqabika." (Yang bermaksud): "Jika engkau menjaga bahaya lidahmu dan kemaluanmu dan perutmu."

Luqman Alhakiem seorang hamba sahaya dari Habasyah (Eftiophia) dan pertama yang tampak dari hikmatnya iaitu ketika majikannya menyuruhnya menyembelih kambing dan minta kepadanya supaya diberikan kepadanya sebaik-baik apa yang ada dikambing itu, maka ia menghidangkan kepada majikannya hati dan lidah. Kemudian dilain hari disuruh menyembelih kambing dan minta dihidangkan apa yang paling busuk dari bahagian kambing itu, maka ia menghidangkan hati dan lidah. Maka ditanya majikannya: "Saya minta yang terbaik, maka kau hidangkan lidah dan hati dan kini saya minta yang paling busuk dari anggota kambing maka engkau hidangkan hati dan lidah juga?" Jawab Luqman: "Didalam badan tidak ada yang lebih baik dari kedua anggota ini jika baik dan tidak ada yang lebih busuk jika rosak dan busuk."

Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman. Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Maka Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu, nampaknya Mu'adz menganggap itu remah, maka ia berkata: "Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Celaka engkau. Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus dalam neraka jahannam itu kerana mukanya, tidak lain hanya hasil dari lidahnya."

Alhasan Albashri berkata: "Siapa yang banyak bicaranya banyak salahnya dan siapa yang banyak hertanya banyak dosanya dan siapa busuk akhlaknya menyiksa dirinya sendiri."

Sufyan Atstsauri berkata: "Bila saya melempar seorang dengan anak panah maka itu lebih baik bagiku daripada melemparnya dengan lidahku sebab lemparan lidah tidak pernah luput tetapi lemparan anak panah sering luput."

Abu Said Alkukhudri r.a. berkata: "Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah: "Hai lidah, kami tuntut engkau dengan nama Allah s.w.t., jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka."

Abu Dzar Alghifari r.a. berdiri dimuka Kaabah lalu berkata: "Ingatlah yang sudah mengenal aku maka cukuplah dan siapa yang belum kenal maka aku Jundub bin Junadah Alghifari (Abu Dzar), sila kamu mendekat kepada kawan yang akan menyampaikan nasihat dan sayang kepadamu." Maka mendekat orang-orang kepadanya dan berkumpul disekitarnya, lalu ia berkata: "Hai semua manusia, siapa yang akan pergi-pergi didunia ini, maka ia pergi kecuali dengan bekal, maka bagaimana seorang yang berlayar pergi keakhirat tanpa bekal?" Lalu mereka bertanya: "Apakah bekal kami, hai Abu Dzar?" jawabnya: "Sembahyang dua rakaat ditengah malam untuk menghadapi gelap dikubur dan puasa dimusim panas untuk mengahdapi hari bangkit dari kubur dan sedekah kepada orang miskin supaya selamat dari siksa disaat yang sukar dan haji untuk menghadapi bahaya-bahaya yang besar dan jadikanlah sunia ini dua tempat (majlis), majlis untuk mencari dunia dan majlis untuk akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna. Dan jadikan perkataan itu hanya dua kalimat, satu kalimat yang berguna dalam urusan duia atau kalimat yang kekal diakhirat, dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna, Dan jadikan harta itu dua macam, yang satu belanjakan untuk anak keluarga dan yang satu untuk tabungan akhirat dan yang ketiga berbahaya dan tidak berguna." Kemudian Abu Dzr mengeluh: "Aah, saya telah terbunuh oleh kerisauan terhadap satu hari yang tidak dapat saya kejar." Maka ditanya: "Apakah yang kau maksudkan?" Jawabnya: "harapan dan angan-anganku melebihi dari batas ajalku sehingga tidak dapat beramal (aku malas beramal)."

Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."

Seorang sehabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu."

Ahad, 5 Jun 2011

best & Terbaik ~_~

assalamualaikum... selamat malam semua..da tidor ke??

semalam da abis baca novel 'DOKTOR CINTA'....best novel tue..
banyak pengajaran dan nilai2 murni...

nie sinopsis novel 'DOKTOR CINTA'
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

>nak tau ape yg terjadi kena la bace mane best bace sinopsis je<

mesti ade yg pelik,boys baca novel cintan-cintan
my hobby is reading...
x kira la novel cintan ke,cite hantu ke,semua saya baca...janji ade bab 1,2,3,4,5 kalau start bab 6 dah x paham ape sebenarnya cite tersebut..heheh
membaca untuk mengisi masa lapang la katakan...hehehe
'BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA'
semoga saya berjaya dunia akhirat...amin
satu lagi skrg sy tgah baca novel 'AKULAH CINDERELA'..da abis bace sy kongsi best ke x novel tue...
ok tue je la nak habaq mai..
selamat malam..assalamualaikum
jgn lupa basuh kaki..nanti mengigau hantu kak limah..huhu