Sabtu, 3 Ogos 2013

Ramadhan yang bakal ditangisi

Assalamualaikum,ape khabar semua? Semoga sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T.... hari ini 3/8/2013 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1434 Hijrah... tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... semoga ramadhan kali ini ramadhan terbaik utk kita beramal ibadah kepada Allah S.W.T .. pada hari-hari terakhir ramadhan,ramai yang mencari malam lailatul-Qadar .pada malam tue kalau kita beribadah bersamaan dengan 1000bulan.. 1000 bulan = 83 tahun lebih ...semalaman kite beribadah dah dapat pahala seperti beribadah 83 tahun. Siapa yang tak nak kan? Tetapi hanya org yg betul-betul bersungguh-sungguh yg akan dapat malam Al-Qadr tue... sama-sama lah kita berdoa agar kita mendapat peluang utk beribadah di malam lailatul qadar.

Sekian,hanya itu sahaja yg mampu saya nukilkan kali ini...

P/S :- masih belum terlambat bukan utk mengucapkan Selamat Berpuasa. :) ada masa saya update lagi utk post baru

Assalamualaikum Wbt..

Ahad, 30 Jun 2013

Tuju Hala saya..

Assalamualaikum dan selamat petang.... :)

nampak tak tajuk tue? "Tuju Hala Saya" .... betul ke maksud dia tue.?

haha.. ok ayat tue terbalik je .. tapi maksud dah lari ...

entri kali ini nak cerita Hala Tuju Saya...

alhamdulillah saya telah menamatkan zaman persekolahan saya masa tingkatan 5 tahun 2012.

ok keputusan SPM? haa.. alhamdulillah spm lulus... Cemerlang tue ada jugak.. tapi tak semua segelintir sahaja..haha

kita dapat apa yang kita usahakan dengan izin allah kan
apa-apa pun yang kita dapat bersyukur la..sebab ada hikmah di sebalik keputusan tue ok..

mungkin kita rasa perancangan kita yang terbaik,
tapi kita lupa bahawa Allah perancang terbaik manusia kerana Allah yang menciptakan kita....

Alhamdulillah... Saya diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yag lebih tinggi..

dapat tawaran belajar dekat POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

dapat pun dekat dgn rumah...haha..hari-hari boleh balik rumah.

dah dua minggu lebih masuk situ..dapat kos yg saya minat sgt..diploma akauntansi ...

semoga saya dapat mencapai impian saya untuk menjadi akauntan berjaya suatu hari nanti..

saya rasa untuk itu saja entri kali nie..

p/s: entri nie dah lama buat tapi tergantung dek kesibukan diri ini..

Assalamualaikum



Khamis, 13 Jun 2013

Apa Khabar....?

apa khabar semua?

saya harap semua baik-baik saja....

dah lama saya menyepi dlm blog nie kan?

last sekali post bulan januari.... sekarang dah bulan jun , 5 bulan lebih..haha

biasalah orang sibuk bekerja... *sibuk lah sangat*

nie update blog tak busy ke?
kite dah berhenti kerja la..nak sambung belajar.

nothing to type anymore....
post malam nie saja nak panaskan enjin balik lama tak berblogging..haha

post lepas nie nak cerita pasal hala tuju kehidupan lepas spm pulak...

p/s: dah berhenti kerja yg kena bayar..nak kerja dekat blogger.com pulak kerja part time.. boleh tak?



Sabtu, 2 Februari 2013

TAZKIRAH at school 2012 . #ThrowBack

pada pagi jumaat yang mulia..
pihak sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang telah mengadakan satu ceramah/tazkirah pada pagi tadi!

penceramahnya memang cukup terkenal ketokohannya..
Ustaz Rujhan...yang sering kita lihat di kaca tv9,Tanyalah Ustaz


dah kenal?....alhamdulillah!

kita terus kepada isi2 tazkirah beliau yang bertajuk

IMEJ DIRI MANUSIA CEMERLANG


1.Ceria:-mulakan hari kita dengan ceria..org yang ceria apabila sampai ke sekolah dia berjalan dengan laju untuk belajar bukan seperti katak tertelan plastik!

kata-kata hikmah!
HIDUP INI TERLALU SINGKAT, MALANG JIKA KITA PENUHKAN DENGAN SENGKETA & AIR MATA

2.Menjaga kebersihan

3.Memberi Fokus

4.Cergas


KEAGUNGAN RAMADHAN

1.RAMADHAN BULAN KEBERKATAN
2.RAMADHAN BULAN KESABARAN








Ahad, 27 Januari 2013

MY LIFE 2013..

ASSALAMUALAIKUM...ape khabar semua?
saya harap semua sihat sejahtera dan sentiasa dibawah lindungan Allah..

di pagi ahad yg crah nie...sy nak cite pasal LIFE saya lepas SPM....
ramai dah rancang perjalanan hidup lepas SPM...macam sayalah,daripada duk kat rumah xbuat bende. . .bagus sy buat sesuatu yg berfaedah...the answer is KERJA...

skrg nie dah sebulan lebih kerja kat pasar raya...yg saya cari ialah PENGALAMAN..walaupun gaji xmahal..tpi gaji tue boleh la bwat belanja sikit2.....

dkat tempat sy kerja tue,saya dekat bahagian FROZEN..bahagian ayam & ikan & daging...sayur pun ade jugak...

kat bahagian nie la banyak ilmu2 baru yg saya perolehi....sebelum nie sy xpandai pun siang ikan, sekarang dah pandai...dah pandai tngkp ikan keli...jenis2 sayur,jenis2 ikan...banyak dah yg saya tahu..yg paling penting pandai potong ayam...bukan setakat guna parang...guna mesin... banyak orang takut bila dengar MESIN PEMOTONG AYAM....mula2 saya masuk kerja pun saya takut.. org takut bukan nama dia...orang takut dekat mata mesin tue.....Alhamdulillah,sy belajar slow2 dh pandai guna mesin tue...mesin tempat sy kerja tue lebih kurang mcm nie la..


pastikan kita berhati2 bila menggunakan mesin nie ye...bila kita leka /cuai sangat2 lah berbahaya..

ok tue je la untuk pagi nie..ASSALAMUALAIKUM....


P/S: PENGALAMAN YG BERHARGA TIDAK MEMPUNYAI NILAI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN WANG RINGGIT..

sesuatu yg kita tak tahu akan tahu jika kita cuba untuk mengetahuinya..






Rabu, 23 Januari 2013

ada apa dengan tarikh 12 RABIUL AWWAL ....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

mesti ramai yg tahu dengan tarikh 12 RABIUL AWWAL..
tarikh nie lahirnya seorang insan yg membawa cahaya kebenaran untuk menyuluh kegelapan di zaman itu...


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
 
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah) 
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa Rasulullah SAW) 
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
 Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.


USIA 6 TAHUN
 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
 (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
 dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
 perniagaan. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
 (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
 pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
 binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
 yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
 
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
 Mekah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
 tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
 akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
 Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W

tue je utk malam nie...
SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

Selasa, 22 Januari 2013

MY LIFE as STUDENT 2000-2012 part 1

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..ape khabar semua? saya harap semuanya sihat alhamdulillah.. hari nie 22/1/2013 dah hampir sebulan sy dh habis sekolah..lepas 13 tahun bergelar pelajar sekolah...huhuhu...bnyk kenangan indah,pahit selama saya bergelar pelajar... saya harap semua kenangan masa zaman persekolahan menjadi memori indah..


 nie ade sdkit gmbar2 kenangan masa kat sekolah....

gambar sebelum SPM 2012
dekat makmal sains..dri kanan epul,ayo,amer,saya
makan pizza lpas kelas tambahan..dari kanan naqi,arif,tony,saya
team nasyid panglima 2012...masa nie xde rezeki nak menang

credit to facebook

Rabu, 9 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

ASSALAMUALAIKUM... masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru ... TAHNIAH kepada yang berjaya mengharungi tahun 2012 dengan CEMERLANG... bagi saya tahun 2012,adalah tahun yg paling mencabar diri saya....sebab banyak perkara yg perlu ditempuhi,dah tak boleh lari...cekalkan jugak diri untuk menempuh dugaan dan ujian...ALHAMDULILLAH...semuanya telah berlalu dan menjadi memori terindah buat saya... saya harap tahun 2013 kurang skit dugaan....relax sikit kepala.hahaha..habis pasal cite tahun lepas.kita mula buku baru.wallahu a'lam..assalamualaikum