Sabtu, 25 Julai 2015

Briged AL-QASSAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yg sudi membaca nukilan ini.
Kali nie post ttg Briged Al-Qassam . Pasti semua tahu kan ttg briged Al Qassam nie, satu skuad yg menentang israel laknatullah. Israel sgt gerun dgn mereka mereka ini kerana sgt berani dlm bertempur. Mereka berani kerana mempunyai matlamat yg tinggi. Iaitu MATI SYAHID . jadi sebelum mereka menjadi hebat terlatih spt sekarang pasti ada sejarah di sebalik penubuhannya. Tokoh yg menubuhkan Briged Al- Qassam ini adalah Sheikh Izzudin Al-Qassam . Beliau lah tokoh penggerak Briged ini. Jadi sama sama kita selusuri sejarah kehidupan beliau .

Walaupun sudah hampir tiga suku abad sejak pemergiannya, memori tentang Sheikh Izzudin Al-Qassam masih subur di sanubari kebanyakan Muslim terutamanya mereka yang berada di negara-negara Arab. Beliau dilihat sebagai ikon Islam yang mengilhamkan penentangan ke atas penindasan, kezaliman politik dan penjajahan kuasa asing, Sheikh itu terus menjadi sumber inspirasi kepada beribu-ribu orang anak muda Muslim yang mahu mengikuti cara beliau.
Maka, ia bukanlah satu kebetulan yang sayap pertahanan pergerakan kebebasan Palestin iaitu Hamas, Briged Al-Qassam dinamakan sempena nama beliau.
Tidak seperti ulama' lain di zamannya, Sheikh Al-Qassam berjaya menggabungkan pencerahan tentang agama dengan kesedaran politik serta penentangan bersenjata ke atas penjajah Perancis di Syria pada tahun 1920an dan kemudiannya beliau menentang tentera Mandat British di Palestin pada awal 1930an.
Dalam banyak-banyak khutbahnya di Syria dan Palestin, Sheikh Al-Qassam mengajarkan yang jika setiap Muslim tidak membantu sesama sendiri, tiada sesiapa yang akan membantu mereka dan umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dalam pelbagai cabang bagi melahirkan umat Islam yang hebat.

Kebebasan dan Kemerdekaan
Sheikh Al-Qassam sering berkata, "Di mana-mana pun nama Allah disebut, ini adalah negara saya". Beliau juga mengajarkan yang sebenar-benar perpaduan hanya boleh direalisasikan di bawah panji Islam.
Beliau berkata, "Tanpa Islam, kita hanya akan jadi puak-puak yang jauh terpisah, masing-masing asyik berfikir dengan pemikiran yang sempit".
Sheikh Al-Qassam menentang konsep semangat kewilayahan  sekeras-kerasnya dan mengatakan ia sama sahaja seperti berpuak-puak sedangkan Islam menyatukan umat Islam di bawah panji yang memberi mesej yang luhur secara universal tentang persaudaraan di bawah kekuasaan Tuhan.Beliau sering berkata, "Di mana sahaja nama Allah disebut, di situlah negara saya'. Penulis biografi mempunyai percanggahan pendapat tentang tarikh kelahirannya. Walau bagaimanapun, terdapat pendapat yang meluas mengatakan bahawa beliau dilahirkan sekitar tahun 1880 di sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Jableh berdekatan dengan utara bandar Latakia di sepanjang persisiran pantai Syria.
Pada usia yang muda, Sheikh Izzudin pergi ke sekolah agama tempatan di kampungnya, mempelajari asas Bahasa Arab dan juga Quran serta Hadith.
Beberapa tahun kemudian, dalam lingkungan usia 15 atau 16, beliau pergi ke Kaherah untuk mempelajari Syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau tinggal di Mesir selama 9 tahun di mana beliau meluaskan pengaruh dan menjadi terkenal dengan keadaan kontemporari di seluruh negara Islam. Pada usia 25, beliau kembali ke Syria di mana beliau mulakan pengajaran dan ceramah di masjid-masjid tempatan.
Walau bagaimanapun, tidak seperti ulama' kontemporari lain, tumpuan Sheikh Al-Qassam bukan sahaja ditumpukan semata-mata pada pengajian Syariah dan mendidik orang buta huruf.
Beliau juga menyuruh umat Islam untuk menentang dan menangkis penaklukan dan penjajahan Barat di mana tiada negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara mampu untuk melepaskan diri daripada belenggu penjajah.
Pada awal 1920an apabila tentera Itali menjajah Libya, Sheikh Al-Qassam menyeru rakyat Libya untuk bangkit menentang penjajahan Barat.

Melawan Penjajah
Beliau mengadakan tunjuk perasaan ke atas pihak Itali, menyuruh orang ramai mendermakan wang untuk Mujahidin Libya. Menurut seseorang, Sheikh Al-Qassam menjual rumahnya di kampung halaman di Jableh bagi membeli senjata untuk menyokong penentangan rakyat Libya di bawah pemerintahan Sheikh Omar Al-Mukhtar. Apabila rakyat Syria mula bangkit untuk menentang penjajahan Perancis, Sheikh Al-Qassam menjadi tunggak revolusi dalam menentang pihak penjajah.
Pada mulanya, pihak Perancis mencuba cara "carrot approach" atau menawarkan ganjaran kepadanya tetapi beliau lebih rela menolak permintaan Perancis dan sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan penjajah itu.
Berdepan dengan perbuatannya yang tanpa kompromi terhadap mereka, pihak tentera Perancis cuba untuk membunuhnya. Walau bagaimanapun, selepas berbulan menyembunyikan diri dan melawan, Sheikh mengetahui bahawa pihak Perancis semakin dekat dengannya.
Maka beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Damsyik di mana beliau mengambil tempat dalam peperangan yang terkenal iaitu "Maysaloun", di mana bilangan tentera Syria yang sedikit dan tidak mempunyai senjata yang canggih, cuba menangkis serangan Perancis tetapi tidak berjaya.

Di Palestin...
Sheikh Al-Qassam merupakan seorang perancang taktik yang hebat bilamana beliau telah bersedia untuk berjuang menentang pihak Mandat British. Bilamana pihak Perancis memburu Sheikh dan pemimpin lain semasa kebangkitan Syria, Sheikh Izzudin Al-Qassam bertindak untuk bergerak ke selatan menuju Haifa, Palestin pada tahun 1922.
Apabila berada di Palestin, Sheikh berjaya memenangi hati rakyat tempatan dan beliau menjadi imam dan penceramah di Masjid Al-Istiklal di bandar itu.
Dalam salah satu khutbahnya, Sheikh memberitahu bahawa umat Islam perlu menangkis dan menentang penjajahan kuasa asing secara aktif, seperti Perancis di Syria dan British di Palestin, dan berkata bahawa Muslim yang mati menentang penjajah pasti menjadi syahid.
Sebagai tambahan, dalam peranan beliau bagi memupuk pengajian agama dan kesedaran umat Islam, Sheikh mengembara ke seluruh Palestin, menyeru semua orang untuk bersedia bagi berjihad menentang pihak berkuasa Mandat British yang membenarkan sejumlah besar pendatang Yahudi untuk tinggal di Palestin, kesan daripada Pengisytiharan Balfour yang terkenal di zaman itu.
Sheikh mempunyai kepercayaan yang utuh pada kekuatan umat Islam. Pada 1929, terdapat khabar angin mengatakan bahawa pendatang Yahudi merancang untuk membakar Masjid Al-Istiklal di Haifa. Sesetengah pengikutnya bercadang untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak British untuk menggagalkan rancangan orang Yahudi. Walau bagaimanapun, Sheikh menentang cadangan itu dengan keras, sambil berkata bahawa umat Islam perlu mempertahankan masjid-masjid mereka dengan darah mereka sendiri.
Masjid yang dilindungi oleh musuh tidak akan mendatangkan nilai, katanya.Beliau juga menggesa rakyat Palestin untuk menjual apa-apa sahaja barangan walaupun barang kemas isteri mereka untuk membeli senjata bagi mempertahankan tanah mereka, kehormatan mereka dan maruah mereka.
Suatu hari bilamana beliau berceramah, beliau menunjukkan sepucuk pistol yang disorokkan di bawah jubahnya dan berkata kepada hadirin, "dia adalah antara kamu yang mempercayai Tuhan dan Hari Pembalasan patut memiliki satu (pistol) seperti ini".
Sheikh tidak menggemari hiasan yang melebih-lebih di masjid kerana beliau berkata yang wang itu diperlukan untuk membiayai pembelian senjata bagi melawan pihak penjajah di negara mereka.
Beliau mengetahui bahawa pihak Zionis merancang untuk menawan Palestin dan menghapuskan atau menghalau rakyatnya daripada tanah mereka sendiri. Sesungguhnya ramalan beliau telah menjadi kenyataan.
Sheikh Al-Qassam merupakan seorang perancang taktik yang hebat bilamana beliau telah bersedia untuk menentang penjajah British. Namun beliau sedar bahawa sumber yang banyak, perpaduan dan kekuatan juga diperlukan. "Jika kita tidak membantu diri kita, tidak ada orang yang akan membantu kamu", beliau sentiasa mengingatkan kepada penentang British itu.
Pada 1934 hingga 1935, operasi penentangan mula untuk mencapai kejayaan kepada yang lain seperti operasi kelolaan Sheikh tersebar di kawasan Tulkarm, Nablus dan Jenin. Pihak Mujahideen berjaya memburu sejumlah pegawai British, menyerang pasukan bantuan tentera British dan menghukum tali barut yang membocorkan maklumat tentang penentangan itu kepada British.

Pemergian Sheikh Izzudin Al-Qassam Kejayaan Mujahideen dalam menentang pihak British telah melahirkan ramai penduduk tempatan yang bersemangat, mendorong ramai anak muda untuk menjadi Mujahideen. Ia telah menaikkan kemarahan pihak British yang kemudiannya bertindak melancarkan kempen bagi memburu Sheikh Al-Qassam. Walaupun begitu, daripada melarikan atau menyorok, Sheikh dengan rasminya mengisytiharkan revolusi di dalam hutan di pekan Ya'abud berhampiran dengan Jenin. Sungguhpun, pihak British mampu mengesan Sheikh dan pengikutnya. Tambahan pula, sejumlah besar tentera British dikerahkan dalam usaha mendapatkan Sheikh Al-Qassam sama ada hidup atau mati.
Apapun, Sheikh tidak mahu menyerah kalah dan berlakunya pertempuran yang hebat di mana ramai tentera British kehilangan nyawa.

Pada November 20, 1935...
Jasad Sheikh Izzudin Al-Qassam dan sebahagian daripada pengikutnya ditemui di medan pertempuran .Pemergian beliau telah mengejutkan Palestin keseluruhannya dan seramai 10 ribu orang mengambil tempat di majlis pengebumian beliau di Haifa, Palestin.
                           -TAMAT-
Pasti ada yg terkesan setelah membaca kisah hidup beliau. Yg sanggup mengorbankan keseluruhan hidupnya utk Islam. Subhanallah. Semoga ada Ar-Rijal yg akan menjadi seperti beliau.
Sekian wallahu a'lam.
#KipidapHinggaKemenangan


Kredit to : Usrah Syababul Muslimeen

"MATI SYAHID HIDUP MULIA"

LOGO BRIGED AL QASSAM

Rabu, 22 Julai 2015

Anugerah Syawal Seindah Ramadhan

Salam Ukhwah Salam Perpaduan Salam 1malaysia.
Assalamualaikum w.b.t diharapnya semua masih dalam keadaan steady setelah mengharungi hari raya yg penuh dgn hidangan yg tidak dpt ditolak nafsu makan. Hmmm

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya. Baru 5 hari syawal.

"Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir & batin" andai ada silap dan salah harap dimaafkan :) ...

Tajuk post mcm best je tapi mcm hambar je starting point. Maaf2,dh lama tk jadi blogger kan dah tk pndai menyusun bait bait indah. Cuma taip apa yg terlintas. Tapi point utama bukan mengikut akal fikiran ya. Mengikut rujukan yg sahih lagi thiqah.

Okey,, straight to the point lah. Nak berbahasa basi pulak kan.

Jom sama sama hayati dan hadam hadis sahih nie ye .

"Sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan syawal, maka (pahalanya) seolah olah berpuasa selama setahun" hadis riwayat muslim

Nah, selepas ditarbiyyah selama sebulan ketika bulan ramadhan pasti akan memberi kesan bukan pada diri kita jika benar benar mengambil peluang yg ada cuma sebulan dalam setahun.

Renung kembali firman allah aza wajjala dlm surah al baqarah ayat 183

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Apa yg sebenarnya kita ingin dapatkan dari ramadhan kareem nie? Kita nak kejar,dapatkan title Orang Bertaqwa .

Taqwa adalah tingkat paling tinggi dalam martabat iman manusia . Martabat iman manusia ada 5,
1.MUSLIM
2.MUKMIN
3.MUKHSIN
4.MUKHLIS
5.MUTTAQIN

Allah s.w.t menjelaskan sifat orang bertaqwa di dlm al-furqan yg tertulis

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” [al-Baqarah : 2-3]

Boleh faham sendiri bahawa utk mendapat peringkat taqwa bukan senang bagi seorang muslim yg biasa2. Perlu istiqamah dlm ibadah .

Firman allah yg lain ttg Taqwa bleh dirujuk di surah : ( Al-Baqoroh)2 : 2,3,4 , 5, 177, 183 ;(Ali-Imran) 3: 133, 134, 135 dan 135 dll..

Alhamdulillah sedikit penjelasan ttg Taqwa telah diperjelaskan .
Jadi setelah ramadhan adakah kita sudah menjadi hamba yg bertaqwa? Wallahu a'lam. Ia hanya di antara diri kita sbagai hamba dgn tuhan pencipta alam yg mengetahui.

Sebelum Ramadhan Melabuhkan tirai nya setelah hampir sebulan bersama dgn umat islam di dunia. Allah s.w.t yg pemurah lagi penyayang telah memberi ganjaran bonus lagi kepada kita yg berpuasa. Apa bonus itu? Semua dpt ke bonus yg diberikan?

-Bonus nya terlalu besar utk diberi percuma tanpa apa2 ikhtiar atau usaha.
Sama seperti dunia akhir zaman ini yg perlu bayar utk mendapat sesuatu perkara. Cth: pegi tandas pun kena bayar 30sen inikan pulak nk dptkan bonus cash dari tuhan pemilik alam semesta ini.

Bonus yg dimaksudkan adalah malam LAILATUL QADAR . Sehingga allah telah berfirman dalam satu surah khas di dalam al quran menceritakan perihal lailatul qadr.

Sama sama baca paham dan jiwai ayat suci allah. Kerana apa? Setiap perkataan yg dibaca akan mendapat 10 pahala. Taknak ke? Jom.surah Al-Qadr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Haaa dah faham apa keistimewaan yg ada di malam lailatul qadr?

Pd malam lailatul qadr ibadah kita ibarat seperti 1000 bulan.
1000 bulan sama dgn 83 tahun lebih lebih sikit. Fuh beruntunglah siapa yg jadi #LailatulQadrHunter Pd ramadhan yg lepas. Mgkin kita merasa rugi tidak mendapatkan malam lailatul qadr . Jgn futur jgn bersedih,  jika diberi umur yg panjang dan belum berjodoh dgn ajal dpt lagi bertemu ramadhan tahun hadapan. Insha allah.

Masuk maghrib 29 Ramadhan kedengaran takbir raya berkumandang maka pergi lah Ramadhan meninggalkan kita utk selama lamanya.

Imam Al-Ghazali pernah memberi ungkapan yg berbunyi perkara yg paling jauh adalah masa lampau kerana masa yg telah pergi tidak akan datang walau sesaat.

Ada yg bersedih ada yg bergembira...

*Bersedih kerana tarbiyyah ramadhan membuatkan kita terlalu sedih utk membiarkan ramadhan meninggalkan kita
*Bergembira terus tanpa bersedih dahulu kerana sudah berpuasa sebulan dan bersedia menyambut Syawal tiba.

Di mana ketika malam raya ramai yg sy lihat dgn mata kepala sendiri yg sibuk membeli,menyiapkan keperluan raya. Ketika itu sebak seketika kerana teringat satu kata kata yg sgt #deep juga bila baca . "Lagu raya telah dimainkan , sedangkan tetamu kita Ramadhan  belum pun pulang...
jika saya adalah Tetamu tersebut ,
kecil hati saya. "
#- ustaz shafei - #

Sama sama muhasabah utk kita di mana tahap tarbiyah ramadhan kita. Semoga allah menerima amalanku dan amalan mu jugak.

Okey cerita Ramadhan dah habis. Flashback sikit je tue. Utk kita muhasabah dan refresh sikit. Sambung utk Syawal Pulak kembali kepada tajuk post nie "Anugerah Syawal Seindah Ramadhan"

Tajuk tue pernah jadi iklan raya masa raya tahun lepas rasa nya.

Anugerah apa pulak syawal nie? Tadi dapat bonus di penghujung ramadhan. Itu bukti allah itu Pemurah lagi penyayang terhadap hamba hambanya. Subhanallah!

Kembali kpd hadis di atas tadi diletakkan dibawah nie nie dan cari apa anugerah yg sy maksudkan ye.

Sesiapa yg berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikannya dengan enam hari di bulan syawal, maka (pahalanya) seolah olah berpuasa selama setahun.
(hadis riwayat muslim)

Jumpa tak anugerah dalam hadis di atas nie. Okey lah saya bagitau ..

Anugerah syawal itu adalah bila kita berpuasa sunat di bulan syawal pahalanya seolah berpuasa selama setahun.

Dengan 6 hari kita akan dpt dlm pahala puasa 365 hari.. ada yang tak nak ke peluang nie? Lagipun ianya sunnah Nabi Muhammad S.A.W kita.

Lepas dah habis beraya di semua tmpt yg patut beraya tue, Rancang lah puasa syawal supaya cukup untuk 6 hari. Insha allah.

Di pengakhiran kata, ada TAWARAN ISTIMEWA nie.. semua boleh mohon.. baca sendiri lah apa yg dia nak ye. Semoga apa yg dikongsi bermanfaat utk semua. Assalamualaikum w.b.t

#KipidapHinggaKemenangan

INGIN JANA "PENDAPATAN LUMAYAN" TANPA MODAL?

Jom! Mudah Saja!

Pakej Biasa:
Buat 30, dapat 30.

Pakej SPECIAL:
Buat 30 + extra 6, dapat 360!!!

★ Tak wajib cari downline!

★ Tak perlu beli produk!!

★ Dijamin untung 100%
   (INSYA ALLAH).

☆ Extra 6 boleh buat secara installment dalam tempoh sebulan.

■ Cara daftar:
Niat sahaja aku puasa sunat bulan Syawal kerana Allah SWT.

#puasa6syawalganjaran1tahun