Selasa, 4 Ogos 2015

Abah Idolaku Umie Ratu Hatiku

Assalamualaikum, dpt lagi kita bertemu dalam post nie. Diharap nya semua dalam sihat sejahtera selepas beberapa kejadian yg sngt menggemparkan negara spt derma 2.6 Bilion dan sebagainya. Hee

Kalinie nak kongsi tentang Ibu bapa . Ibu bapa lah org yg pertama kita jumpa setelah kita lahir di dunia ini, dgn ibu bapa jugak lah kita wujud di alam yg fana ini.
Namun apabila kita kian dewasa, Rasa Hotmat kpd mereka semakin berkurangan, mungkin hal ini timbul apabila berasa diri kita terlalu besar.

Apa yg diulas dibawah ini ttg anak derhaka. Nauzubillahuminzalik .semoga kita semua dijauhkan menjadi anak yg derhaka. Jom sama sama selusuri .

Dalam al quran al kariim telah menyebut di dalam surah Al-Isra' 17:23
... "Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ahh', dan janganlahh kamu membentak keduanya" ...
عقوق الوالدين
( derhaka  kepada ibu bapa) adalah dosa besar. Kerana itu, Rasulullah saw sebagaimana yang disampaikan oleh Ibnu al-Atsir dalam kitabnya an-Nihaayah melarang perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa.
Seseorang dikatakan 'aqqa waalidahu ya'uqquhu 'uqaaqan, fahuwa 'aaqun jika telah menyakiti hati orang ibu bapanya, menderhakainya dan telah keluar darinya.

Kata ini merupakan lawan daripada kata al-birru bihi (berbakti kepadanya).

Kata al-'uquuq (derhaka) berasal daripada  perkataan al-'aqq yang bererti asy-syaq (mematahkan) dan al-qath'u (memotong).
Jadi, seorang anak dikatakan telah derhaka kepada ibu bapanya jika dia tidak patuh dan tidak berbuat baik kepadanya, atau dalam bahasa arab disebut al-'aaq (anak yang  derhaka).

Jamak daripada kata al-'aqq adalah al-'aqaqah. Berdasarkan makna ini, maka rambut yang keluar daripada kepala seorang bayi yang baru lahir daripada perut ibunya dinamakan aqiqah, kerana rambut itu akan dipotong.
Jadi, yang dimaksud dengan perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa adalah mematahkan 'tongkat' ketaatan kepada keduanya, memutuskan tali hubungan yang terjalin antara ibu bapa dengan anaknya, meninggalkan sesuatu yang disukai keduanya, dan tidak mentaati apa yang diperintahkan atau diminta oleh mereka (ibu bapa). .
Yang dimaksud dengan al-'uquuq (derhaka) adalah mematahkan 'tongkat' ketaatan dan 'memotong' (memutus) tali hubungan antara seorang anak daripada ibu bapanya.

Jadi, yang dimaksud dengan perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa adalah mematahkan 'tongkat' ketaatan kepada keduanya, memutuskan tali hubungan yang terjalin antara ibu bapa dengan anaknya, meninggalkan sesuatu yang disukai keduanya, dan tidak mentaati apa yang diperintahkan atau diminta oleh mereka (ibu bapa).

:: Berikut dinyatakan 7 ciri-ciri anak derhaka:-

1⃣. Mengatakan 'ahh' kepada ibu bapa dan mengeraskan atau meninggikan suara di hadapan mereka ketika berbicara, dan juga tidak memberikan nafkah kepada ibu bapa apabila dan ketika mereka memerlukan.

2⃣. Tidak melayani mereka dan berpaling daripadanya. Lebih derhaka lagi apabila memerintahkan ibu bapa.

3⃣. Menajamkan pandangan mata kepada keduanya ketika marah atau kesal kepada mereka berdua kerana sesuatu hal.

4⃣. Membuat kedua ibu bapa bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun si anak berhak untuk melakukannya. Namun, wajib diingati, hak kedua ibu bapa ke atas diri anak lebih besar daripada hak seorang anak.

5⃣. Malu mengakui kedua ibu bapanya di hadapan orang kerana keadaan kedua ibu bapanya yang miskin, berpenampilan sederhana, tidak berilmu, cacat atau alasan lainnya.

6⃣. Tidak berdiri (menyambut kepulangan) sebagai tanda menghormati ibu bapa dan mencium tangannya.

7⃣. Duduk mendahului ibu bapanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majlis di mana ibu bapanya hadir di majlis itu kerana ini adalah sikap sombong dan takkabur dan melecehkan ibu bapa.

Semua itu termasuk bentuk-bentuk kederhakaan kepada kedua ibu baoa. Oleh kerana itu kita haruslah berhati-hati dan membezakan dalam berkata-kata dan berbicara dengan kedua ibu bapa dengan orang lain.

Seringnya, balasan daripada derhaka kepada kedua ibu bapa akan dirasakan atau dibayar 'cash' oleh Allah swt, di dunia.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Daud dan Tirmidzi daripada sahabat Abi Bakrah ra mengatakan bahaw Nabi Muhammad saw berkata, "Tidak ada dosa yang Allah cepatkan azab kepada pelaku di dunia ini dan Allah juga akan mengazab di akhirat, iaitu yang pertama ialah mereka yang berlaku zalim, kedua memutuskan silaturahim."

Dalam hadith lain dikatakan;

"Dua peruntukan dosa yang Allah cepatkan azab seksaannya di dunia iaitu orang yang zalim dan al-'uquq (derhaka kepada kedua ibu bapa)."
[ Hadith Riwayat Hakim 4/177 daripada Anas bin Malik ra ]

Keredhaan ibu bapa harus kita dahulukan daripada keredhaan isteri dan anak. Kerana Nabi saw mengatakan anak yang derhaka akan di azab di dunia dan di akhirat serta tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan memandangnya di hari kiamat nanti.

Sedangkan dalam lafaz yang lain diriwayatkan boleh Imam Baihaqi, Hakim, Ahmad dan juga yang lainnya, dikatakan:

... " Daripada Abdullah bin Umar ra berkata, 'Telah berkata rasulullah saw, ada tiga golongan yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat nanti iaitu anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki dan ketua rumah tangga yang membiarkan  ada keburukan dalam rumah tangganya.'." ...
[ Hadith Riwayat Hakim, Baihaqi, Ahmad 2/134 ]

Jadi, salah satu yang menyebabkan seseorang tidak akan masuk syurga ialah derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dapat kita lihat bahawa mereka yang derhaka kepada ibu bapanya tidak mendapat berkah dan selalu mengalami pelbagai macam kesulitan.
Seandai ada seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya kemudian kedua ibu bapa tersebut mendoakan keburukkan, maka doa kedua ibu bapa tersebut akan segera dimakbulkan oleh Allah swt.

Kerana dalam hadith yang sahih Nabi saw bersabda " Daripada Abu Hurairah ra telah berkata Rasulullah saw, ada tiga doa yang dikabulkan oleh Allah swt yang tidak diragukan tentabg doa ini, yang pertama iaitu doa kedua ibu bapa terhadap anak, keduanya adalah doa orang yang bermusafir (yang sedang dalam perjalanan), yang ketiganya ialah doa orang yang dizalimi." ...[ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Dawud dan Tirmidzi ]

Banyak sekali riwayat yang sahih yang menjelaskan tentang akibat buruk daripada derhaka kepada ibu bapa di dunia mahupun di akhirat.

Terdapat juga kisah-kisah nyata tentang azab (siksaan) terhadap anak yang derhaka, dari kisah tersebut ada yang sahih dan sewajarnya kita mengambil ibroh (pengajaran) daripadanya.
-------------------------------
Ibu bapa dalam kaca mata islam mempunyai banyak kedudukan yang istimewa. Terlalu banyak petunjuk daripada al-quran yang memerintahkan anak-anak supaya mematuhi dan berbuat baik kepada keduanya. Perintah dan arahan supaya berbuat baik kepada ibu bapa ini adalah suatu kewajipan yang tidak boleh dipandang enteng oleh anak-anak selagi mana tiada kemaksiatan kepada Allah swt. Antaranya beberapa firman Allah swt ;

1⃣. "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
( Surah al-Nisa' 4:36 )

2⃣. "Katakanlah: 'Marilah, supaya Aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa"
( Surah al-an'am 6:15)

Begitu juga jika kita perhatikan wasiat Luqmanuk Hakim kepada anaknya:
... "Dan Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami mewajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya."
( Surah Luqman 31:13-14)

Jika seorang anak yang soleh dijamin kebaikannya oleh Allah swt dan rasulnya, begitu juga seorang anak yang derhaka. Azabnya dan sengsara pasti akan datang kepadanya.

Rasulullah saw pernah bersabda: "Dua kejahatan yang akan disegerakan balasannya di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua ibubapa"
[ Hadith riwayat al-Tirmizi ]

Dalam hadith yang lain juga Baginda saw ada bersabda: "Semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah swt iaitu menurut kehendaknya  hingga ke hari kiamat, melainkan balasan menderhaka kepada ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah swt akan menyegerakan kepada pelakunya semasa hidup di dunia ( sebelum mati )."
[ Hadith riwayat al-Hakam ]

Ibnu Umar ra juga pernah menyebut bahawa ada sembilan dosa-dosa yang paling besar antaranya:

* Mempersekutukan Allah
* Membunuh orang lain tanpa hak
* Melarikan diri dari medan perang
* Memfitnah wanita solehah dengan tuduhan zina
* Memakan riba
* Memakan harta anak yatim
* Melakukan maksiat dalam masjid
* Menghina ibu bapa
* Ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan seorang anak
[ Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad hadith no.8 ]

Berjihad dan keredhaan ibu bapa seharusnya seiring. Jangan sampai kita mencari sesuatu kebaikan tetapi melupakan keutamaan. Ingatlah:

... "Keredhaan Allah swt itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa" ...

Dalam hadith yang lain pula, menunjukkan betapa seorang anak yang ingin turut serta dalam jihad wajib mendapatkan keizinan daripada kedua ibu  bapa. Ini sebagaimana yang disebut oleh Abu Said al-Khudri ra:
"Ada seorang pemuda dari Yaman yang berhijrah kepada rasulullah saw semata-mata untuk berjihad, lalu Baginda saw bertanya:
'Adakah engkau mempunyai seseorang di Yaman?'
Jawab pemuda itu:
'Ibubapaku'
Rasulullah saw bertanya lagi:
'Adakah mereka memberi keizinan kepada engkau?'
Jawab pemuda tersebut:
'Tidak.'
Lalu rasulullah saw bersabda:
' Kembalilah kepada mereka berdua, dan mintalah izin! Jika mereka izinkan maka berjihadlah! Tetapi jika tidak, maka berbuat baiklah kepada mereka berdua'. "...

Dakwah dan ibu bapa manakah yang perlu didahului? Memberi ketaatan kepada jemaah dan ketaatan kepada ibubapa. Masing-masing mempunyai hujah kewajibannya. Tetapi ingatlah:
...'Tidak boleh menderhakai ibu bapa kerana dakwah. Tetapi tidak boleh juga meninggalkan dakwah kerana ibu bapa'...

Dalam islam, jihad adalah sesuatu yang sangat mulia. Terlalu banyak petunjuk dari al-quran yang menunjukkan kemuliaan orang yang berjihad. Namun, keizinan daripada ibu bapa juga perlu diutamakan.

Imam al-Syaukani ra berkata:

1⃣. Berbakti kepada ibu bapa adalah lebih utama daripada berjihad.
Wajib meminta izin daripada ibu bapa dalam urusan jihad. Pendapat ini adalah pendapat jumhur ulama yang menyatakan haram berjihad jika salah seorang daripadanya tidak mengizinkan, kerana berbakti kepada kedua ibu bapa adalah fardhu ain dan berjihad adalah fardhu kifayah. Melainkan jika sekiranya jihad jatuh dalam fardhu ain, maka hukumnya pada ketika itu tidak perlu mendapatkan keizinan 
( Nail al-Authar: Jilid 4 )

Seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah saw untuk berbaiah sedangkan ibu bapanya yang ditinggalkan dalam keadaan menangis. Lalu rasulullah saw memerintahkannya supaya kembali ke pangkuan ibu bapanya dengan sabda baginda:

"Kembalilah kepada mereka berdua dan gembirakanlah mereka sebagaiman kamu menjadikan mereka menangis"...

Semoga kita dijauhkan dariaada ciri-ciri ini. Jika ada, segeralah ubahnya dan bersegeralah taubat memohon keampunan pada Allah swt dan seterusnya yang utama, mohonlah kemaafan dariapda ibu bapa.

Jangan suatu waktu menjadi penyesalan yang tak sudah. Yang mana waktu itu, menangis air mata darah sekalipun sudah tak guna lagi.

Sebelum menamatkan post kita ini, fikirkanlah, sampai bila sahaja Allah akan pinjamkan mereka kepada kita? Seringlah bermonolog pada diri.

Credit : Usrah Whatsapp Syababul Muslimeen

Sabtu, 25 Julai 2015

Briged AL-QASSAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yg sudi membaca nukilan ini.
Kali nie post ttg Briged Al-Qassam . Pasti semua tahu kan ttg briged Al Qassam nie, satu skuad yg menentang israel laknatullah. Israel sgt gerun dgn mereka mereka ini kerana sgt berani dlm bertempur. Mereka berani kerana mempunyai matlamat yg tinggi. Iaitu MATI SYAHID . jadi sebelum mereka menjadi hebat terlatih spt sekarang pasti ada sejarah di sebalik penubuhannya. Tokoh yg menubuhkan Briged Al- Qassam ini adalah Sheikh Izzudin Al-Qassam . Beliau lah tokoh penggerak Briged ini. Jadi sama sama kita selusuri sejarah kehidupan beliau .

Walaupun sudah hampir tiga suku abad sejak pemergiannya, memori tentang Sheikh Izzudin Al-Qassam masih subur di sanubari kebanyakan Muslim terutamanya mereka yang berada di negara-negara Arab. Beliau dilihat sebagai ikon Islam yang mengilhamkan penentangan ke atas penindasan, kezaliman politik dan penjajahan kuasa asing, Sheikh itu terus menjadi sumber inspirasi kepada beribu-ribu orang anak muda Muslim yang mahu mengikuti cara beliau.
Maka, ia bukanlah satu kebetulan yang sayap pertahanan pergerakan kebebasan Palestin iaitu Hamas, Briged Al-Qassam dinamakan sempena nama beliau.
Tidak seperti ulama' lain di zamannya, Sheikh Al-Qassam berjaya menggabungkan pencerahan tentang agama dengan kesedaran politik serta penentangan bersenjata ke atas penjajah Perancis di Syria pada tahun 1920an dan kemudiannya beliau menentang tentera Mandat British di Palestin pada awal 1930an.
Dalam banyak-banyak khutbahnya di Syria dan Palestin, Sheikh Al-Qassam mengajarkan yang jika setiap Muslim tidak membantu sesama sendiri, tiada sesiapa yang akan membantu mereka dan umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dalam pelbagai cabang bagi melahirkan umat Islam yang hebat.

Kebebasan dan Kemerdekaan
Sheikh Al-Qassam sering berkata, "Di mana-mana pun nama Allah disebut, ini adalah negara saya". Beliau juga mengajarkan yang sebenar-benar perpaduan hanya boleh direalisasikan di bawah panji Islam.
Beliau berkata, "Tanpa Islam, kita hanya akan jadi puak-puak yang jauh terpisah, masing-masing asyik berfikir dengan pemikiran yang sempit".
Sheikh Al-Qassam menentang konsep semangat kewilayahan  sekeras-kerasnya dan mengatakan ia sama sahaja seperti berpuak-puak sedangkan Islam menyatukan umat Islam di bawah panji yang memberi mesej yang luhur secara universal tentang persaudaraan di bawah kekuasaan Tuhan.Beliau sering berkata, "Di mana sahaja nama Allah disebut, di situlah negara saya'. Penulis biografi mempunyai percanggahan pendapat tentang tarikh kelahirannya. Walau bagaimanapun, terdapat pendapat yang meluas mengatakan bahawa beliau dilahirkan sekitar tahun 1880 di sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Jableh berdekatan dengan utara bandar Latakia di sepanjang persisiran pantai Syria.
Pada usia yang muda, Sheikh Izzudin pergi ke sekolah agama tempatan di kampungnya, mempelajari asas Bahasa Arab dan juga Quran serta Hadith.
Beberapa tahun kemudian, dalam lingkungan usia 15 atau 16, beliau pergi ke Kaherah untuk mempelajari Syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau tinggal di Mesir selama 9 tahun di mana beliau meluaskan pengaruh dan menjadi terkenal dengan keadaan kontemporari di seluruh negara Islam. Pada usia 25, beliau kembali ke Syria di mana beliau mulakan pengajaran dan ceramah di masjid-masjid tempatan.
Walau bagaimanapun, tidak seperti ulama' kontemporari lain, tumpuan Sheikh Al-Qassam bukan sahaja ditumpukan semata-mata pada pengajian Syariah dan mendidik orang buta huruf.
Beliau juga menyuruh umat Islam untuk menentang dan menangkis penaklukan dan penjajahan Barat di mana tiada negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara mampu untuk melepaskan diri daripada belenggu penjajah.
Pada awal 1920an apabila tentera Itali menjajah Libya, Sheikh Al-Qassam menyeru rakyat Libya untuk bangkit menentang penjajahan Barat.

Melawan Penjajah
Beliau mengadakan tunjuk perasaan ke atas pihak Itali, menyuruh orang ramai mendermakan wang untuk Mujahidin Libya. Menurut seseorang, Sheikh Al-Qassam menjual rumahnya di kampung halaman di Jableh bagi membeli senjata untuk menyokong penentangan rakyat Libya di bawah pemerintahan Sheikh Omar Al-Mukhtar. Apabila rakyat Syria mula bangkit untuk menentang penjajahan Perancis, Sheikh Al-Qassam menjadi tunggak revolusi dalam menentang pihak penjajah.
Pada mulanya, pihak Perancis mencuba cara "carrot approach" atau menawarkan ganjaran kepadanya tetapi beliau lebih rela menolak permintaan Perancis dan sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan penjajah itu.
Berdepan dengan perbuatannya yang tanpa kompromi terhadap mereka, pihak tentera Perancis cuba untuk membunuhnya. Walau bagaimanapun, selepas berbulan menyembunyikan diri dan melawan, Sheikh mengetahui bahawa pihak Perancis semakin dekat dengannya.
Maka beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Damsyik di mana beliau mengambil tempat dalam peperangan yang terkenal iaitu "Maysaloun", di mana bilangan tentera Syria yang sedikit dan tidak mempunyai senjata yang canggih, cuba menangkis serangan Perancis tetapi tidak berjaya.

Di Palestin...
Sheikh Al-Qassam merupakan seorang perancang taktik yang hebat bilamana beliau telah bersedia untuk berjuang menentang pihak Mandat British. Bilamana pihak Perancis memburu Sheikh dan pemimpin lain semasa kebangkitan Syria, Sheikh Izzudin Al-Qassam bertindak untuk bergerak ke selatan menuju Haifa, Palestin pada tahun 1922.
Apabila berada di Palestin, Sheikh berjaya memenangi hati rakyat tempatan dan beliau menjadi imam dan penceramah di Masjid Al-Istiklal di bandar itu.
Dalam salah satu khutbahnya, Sheikh memberitahu bahawa umat Islam perlu menangkis dan menentang penjajahan kuasa asing secara aktif, seperti Perancis di Syria dan British di Palestin, dan berkata bahawa Muslim yang mati menentang penjajah pasti menjadi syahid.
Sebagai tambahan, dalam peranan beliau bagi memupuk pengajian agama dan kesedaran umat Islam, Sheikh mengembara ke seluruh Palestin, menyeru semua orang untuk bersedia bagi berjihad menentang pihak berkuasa Mandat British yang membenarkan sejumlah besar pendatang Yahudi untuk tinggal di Palestin, kesan daripada Pengisytiharan Balfour yang terkenal di zaman itu.
Sheikh mempunyai kepercayaan yang utuh pada kekuatan umat Islam. Pada 1929, terdapat khabar angin mengatakan bahawa pendatang Yahudi merancang untuk membakar Masjid Al-Istiklal di Haifa. Sesetengah pengikutnya bercadang untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak British untuk menggagalkan rancangan orang Yahudi. Walau bagaimanapun, Sheikh menentang cadangan itu dengan keras, sambil berkata bahawa umat Islam perlu mempertahankan masjid-masjid mereka dengan darah mereka sendiri.
Masjid yang dilindungi oleh musuh tidak akan mendatangkan nilai, katanya.Beliau juga menggesa rakyat Palestin untuk menjual apa-apa sahaja barangan walaupun barang kemas isteri mereka untuk membeli senjata bagi mempertahankan tanah mereka, kehormatan mereka dan maruah mereka.
Suatu hari bilamana beliau berceramah, beliau menunjukkan sepucuk pistol yang disorokkan di bawah jubahnya dan berkata kepada hadirin, "dia adalah antara kamu yang mempercayai Tuhan dan Hari Pembalasan patut memiliki satu (pistol) seperti ini".
Sheikh tidak menggemari hiasan yang melebih-lebih di masjid kerana beliau berkata yang wang itu diperlukan untuk membiayai pembelian senjata bagi melawan pihak penjajah di negara mereka.
Beliau mengetahui bahawa pihak Zionis merancang untuk menawan Palestin dan menghapuskan atau menghalau rakyatnya daripada tanah mereka sendiri. Sesungguhnya ramalan beliau telah menjadi kenyataan.
Sheikh Al-Qassam merupakan seorang perancang taktik yang hebat bilamana beliau telah bersedia untuk menentang penjajah British. Namun beliau sedar bahawa sumber yang banyak, perpaduan dan kekuatan juga diperlukan. "Jika kita tidak membantu diri kita, tidak ada orang yang akan membantu kamu", beliau sentiasa mengingatkan kepada penentang British itu.
Pada 1934 hingga 1935, operasi penentangan mula untuk mencapai kejayaan kepada yang lain seperti operasi kelolaan Sheikh tersebar di kawasan Tulkarm, Nablus dan Jenin. Pihak Mujahideen berjaya memburu sejumlah pegawai British, menyerang pasukan bantuan tentera British dan menghukum tali barut yang membocorkan maklumat tentang penentangan itu kepada British.

Pemergian Sheikh Izzudin Al-Qassam Kejayaan Mujahideen dalam menentang pihak British telah melahirkan ramai penduduk tempatan yang bersemangat, mendorong ramai anak muda untuk menjadi Mujahideen. Ia telah menaikkan kemarahan pihak British yang kemudiannya bertindak melancarkan kempen bagi memburu Sheikh Al-Qassam. Walaupun begitu, daripada melarikan atau menyorok, Sheikh dengan rasminya mengisytiharkan revolusi di dalam hutan di pekan Ya'abud berhampiran dengan Jenin. Sungguhpun, pihak British mampu mengesan Sheikh dan pengikutnya. Tambahan pula, sejumlah besar tentera British dikerahkan dalam usaha mendapatkan Sheikh Al-Qassam sama ada hidup atau mati.
Apapun, Sheikh tidak mahu menyerah kalah dan berlakunya pertempuran yang hebat di mana ramai tentera British kehilangan nyawa.

Pada November 20, 1935...
Jasad Sheikh Izzudin Al-Qassam dan sebahagian daripada pengikutnya ditemui di medan pertempuran .Pemergian beliau telah mengejutkan Palestin keseluruhannya dan seramai 10 ribu orang mengambil tempat di majlis pengebumian beliau di Haifa, Palestin.
                           -TAMAT-
Pasti ada yg terkesan setelah membaca kisah hidup beliau. Yg sanggup mengorbankan keseluruhan hidupnya utk Islam. Subhanallah. Semoga ada Ar-Rijal yg akan menjadi seperti beliau.
Sekian wallahu a'lam.
#KipidapHinggaKemenangan


Kredit to : Usrah Syababul Muslimeen

"MATI SYAHID HIDUP MULIA"

LOGO BRIGED AL QASSAM

Rabu, 22 Julai 2015

Anugerah Syawal Seindah Ramadhan

Salam Ukhwah Salam Perpaduan Salam 1malaysia.
Assalamualaikum w.b.t diharapnya semua masih dalam keadaan steady setelah mengharungi hari raya yg penuh dgn hidangan yg tidak dpt ditolak nafsu makan. Hmmm

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya. Baru 5 hari syawal.

"Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir & batin" andai ada silap dan salah harap dimaafkan :) ...

Tajuk post mcm best je tapi mcm hambar je starting point. Maaf2,dh lama tk jadi blogger kan dah tk pndai menyusun bait bait indah. Cuma taip apa yg terlintas. Tapi point utama bukan mengikut akal fikiran ya. Mengikut rujukan yg sahih lagi thiqah.

Okey,, straight to the point lah. Nak berbahasa basi pulak kan.

Jom sama sama hayati dan hadam hadis sahih nie ye .

"Sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan syawal, maka (pahalanya) seolah olah berpuasa selama setahun" hadis riwayat muslim

Nah, selepas ditarbiyyah selama sebulan ketika bulan ramadhan pasti akan memberi kesan bukan pada diri kita jika benar benar mengambil peluang yg ada cuma sebulan dalam setahun.

Renung kembali firman allah aza wajjala dlm surah al baqarah ayat 183

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Apa yg sebenarnya kita ingin dapatkan dari ramadhan kareem nie? Kita nak kejar,dapatkan title Orang Bertaqwa .

Taqwa adalah tingkat paling tinggi dalam martabat iman manusia . Martabat iman manusia ada 5,
1.MUSLIM
2.MUKMIN
3.MUKHSIN
4.MUKHLIS
5.MUTTAQIN

Allah s.w.t menjelaskan sifat orang bertaqwa di dlm al-furqan yg tertulis

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” [al-Baqarah : 2-3]

Boleh faham sendiri bahawa utk mendapat peringkat taqwa bukan senang bagi seorang muslim yg biasa2. Perlu istiqamah dlm ibadah .

Firman allah yg lain ttg Taqwa bleh dirujuk di surah : ( Al-Baqoroh)2 : 2,3,4 , 5, 177, 183 ;(Ali-Imran) 3: 133, 134, 135 dan 135 dll..

Alhamdulillah sedikit penjelasan ttg Taqwa telah diperjelaskan .
Jadi setelah ramadhan adakah kita sudah menjadi hamba yg bertaqwa? Wallahu a'lam. Ia hanya di antara diri kita sbagai hamba dgn tuhan pencipta alam yg mengetahui.

Sebelum Ramadhan Melabuhkan tirai nya setelah hampir sebulan bersama dgn umat islam di dunia. Allah s.w.t yg pemurah lagi penyayang telah memberi ganjaran bonus lagi kepada kita yg berpuasa. Apa bonus itu? Semua dpt ke bonus yg diberikan?

-Bonus nya terlalu besar utk diberi percuma tanpa apa2 ikhtiar atau usaha.
Sama seperti dunia akhir zaman ini yg perlu bayar utk mendapat sesuatu perkara. Cth: pegi tandas pun kena bayar 30sen inikan pulak nk dptkan bonus cash dari tuhan pemilik alam semesta ini.

Bonus yg dimaksudkan adalah malam LAILATUL QADAR . Sehingga allah telah berfirman dalam satu surah khas di dalam al quran menceritakan perihal lailatul qadr.

Sama sama baca paham dan jiwai ayat suci allah. Kerana apa? Setiap perkataan yg dibaca akan mendapat 10 pahala. Taknak ke? Jom.surah Al-Qadr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Haaa dah faham apa keistimewaan yg ada di malam lailatul qadr?

Pd malam lailatul qadr ibadah kita ibarat seperti 1000 bulan.
1000 bulan sama dgn 83 tahun lebih lebih sikit. Fuh beruntunglah siapa yg jadi #LailatulQadrHunter Pd ramadhan yg lepas. Mgkin kita merasa rugi tidak mendapatkan malam lailatul qadr . Jgn futur jgn bersedih,  jika diberi umur yg panjang dan belum berjodoh dgn ajal dpt lagi bertemu ramadhan tahun hadapan. Insha allah.

Masuk maghrib 29 Ramadhan kedengaran takbir raya berkumandang maka pergi lah Ramadhan meninggalkan kita utk selama lamanya.

Imam Al-Ghazali pernah memberi ungkapan yg berbunyi perkara yg paling jauh adalah masa lampau kerana masa yg telah pergi tidak akan datang walau sesaat.

Ada yg bersedih ada yg bergembira...

*Bersedih kerana tarbiyyah ramadhan membuatkan kita terlalu sedih utk membiarkan ramadhan meninggalkan kita
*Bergembira terus tanpa bersedih dahulu kerana sudah berpuasa sebulan dan bersedia menyambut Syawal tiba.

Di mana ketika malam raya ramai yg sy lihat dgn mata kepala sendiri yg sibuk membeli,menyiapkan keperluan raya. Ketika itu sebak seketika kerana teringat satu kata kata yg sgt #deep juga bila baca . "Lagu raya telah dimainkan , sedangkan tetamu kita Ramadhan  belum pun pulang...
jika saya adalah Tetamu tersebut ,
kecil hati saya. "
#- ustaz shafei - #

Sama sama muhasabah utk kita di mana tahap tarbiyah ramadhan kita. Semoga allah menerima amalanku dan amalan mu jugak.

Okey cerita Ramadhan dah habis. Flashback sikit je tue. Utk kita muhasabah dan refresh sikit. Sambung utk Syawal Pulak kembali kepada tajuk post nie "Anugerah Syawal Seindah Ramadhan"

Tajuk tue pernah jadi iklan raya masa raya tahun lepas rasa nya.

Anugerah apa pulak syawal nie? Tadi dapat bonus di penghujung ramadhan. Itu bukti allah itu Pemurah lagi penyayang terhadap hamba hambanya. Subhanallah!

Kembali kpd hadis di atas tadi diletakkan dibawah nie nie dan cari apa anugerah yg sy maksudkan ye.

Sesiapa yg berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikannya dengan enam hari di bulan syawal, maka (pahalanya) seolah olah berpuasa selama setahun.
(hadis riwayat muslim)

Jumpa tak anugerah dalam hadis di atas nie. Okey lah saya bagitau ..

Anugerah syawal itu adalah bila kita berpuasa sunat di bulan syawal pahalanya seolah berpuasa selama setahun.

Dengan 6 hari kita akan dpt dlm pahala puasa 365 hari.. ada yang tak nak ke peluang nie? Lagipun ianya sunnah Nabi Muhammad S.A.W kita.

Lepas dah habis beraya di semua tmpt yg patut beraya tue, Rancang lah puasa syawal supaya cukup untuk 6 hari. Insha allah.

Di pengakhiran kata, ada TAWARAN ISTIMEWA nie.. semua boleh mohon.. baca sendiri lah apa yg dia nak ye. Semoga apa yg dikongsi bermanfaat utk semua. Assalamualaikum w.b.t

#KipidapHinggaKemenangan

INGIN JANA "PENDAPATAN LUMAYAN" TANPA MODAL?

Jom! Mudah Saja!

Pakej Biasa:
Buat 30, dapat 30.

Pakej SPECIAL:
Buat 30 + extra 6, dapat 360!!!

★ Tak wajib cari downline!

★ Tak perlu beli produk!!

★ Dijamin untung 100%
   (INSYA ALLAH).

☆ Extra 6 boleh buat secara installment dalam tempoh sebulan.

■ Cara daftar:
Niat sahaja aku puasa sunat bulan Syawal kerana Allah SWT.

#puasa6syawalganjaran1tahun

Rabu, 24 Jun 2015

Salam Ramadhan 1436Hijrah

Assalamualaikum wbt kepada semua. Diharapnya semua sihat sejahtera dlm melakukan Ibadah puasa yg hadirnya sebulan dalam setahun.. tak terlambat lagi nk ucap salam ramadhan kan. ^.^ .

Mungkin ade yg tak tahu lagi ttg suruhan wajibnye berpuasa. Allah telah berfirman dalam Quran yg berbunyi

"شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
Surah Al-Baqarah ayat 185

Seperti mana yg kita tahu.. di bulan ramadhan nie lah Syaitan syaitan diikat di dalam neraka utk memberi peluang kepada hamba allah beribadah semaksimum mungkin. Tapi ada orang tanya, "kenapa bulan ramadhan ada jugak yang berperangai mungkar mcm syaiton dah" jawapan nya tak lah susah bila timbul persoalan mcm nie. "Yang diikat ketika ramadhan syaitan je,Hawa nafsu tetap ada dalam diri kita jadi bila kita tewas dlm buat maksiat dan perkara mungkar ianya mmg dtg dari kita,bukan nya syaitan ok" jadi ketika bulan ramadhan nie jugak lah kita kena muhasabah diri lebih utk mengikis sifat sifat syaitan yg ada dalam diri kita nie.

PESTA IBADAH ATAU PESTA JUADAH
Ramadhan pesta ibadah bukan pesta juadah. Ramahan bulan Mujahadah Bukan bulan muntahkedarah. Ramadhan yg sepatutnya Ramadhan al mubarak jadi lah ramadhan al-Murtabak kalau peluang utk beribadah tidak digunakan.

ketika ramadhan lah jugak semua peniaga peniaga mendapat keuntungan dari rezeki berlipat kali ganda. Bukan nak salahkan peniaga. Nak salahkan pembeli tau. Pembeli jangan lah beli sampai juling mata. Semua makanan nak sapu. Last last banyak makanan kita bazirkan. Membazir kan amalan syaitan. See, kan dh cakap walau syaitan kena ikat perangai syaitan tetap ada. Kena kuat semangat sikit utk buang sifat syaitan. Buang semua sifat mazmumah,kita ganti dgn sifat mahmudah. Sekarang nie saya tak panggil bazar Ramadhan dah. Panggil bazir ramadhan huhu.

ISTIQAMAH DALAM IBADAH
ketika Ramadhan kita lakukan Ibadah banyak berganda ganda.memang betul di bulan ramadhan pahala buat ibadah mmg banyak. Bila kita buat ibadah wajib diganda2 kan,bila kita buat ibadah sunat diangkat seperti pahala ibadah wajib. Bila University of tarbiyyah dah berlabuh tirai nya nnti diharap nya kita semua masih lagi istiqamah dlm beribadah spt baca quran,bertadarus,sedekah dan sbgainya. Golongan yg mcm nie bagus lah memanfaatkan sebaiknya Ramadhan. Tapi ade pulak golongan yg berpuasa sehari suntuk tetapi ibadah wajib seperti solat fardhu ditinggalkan tanpa rasa bersalah tetapi tetapi ibadah sunat seperti solat tarawih dilakukan istiqamah selama sebulan. Hehe pelik bukan? Itulah hakikatnya masyarakat di malaysia skrg. Nk bentuk balik perbetulkan perkara nie bukan senang kena start dari akar umbi dan pemula nya adalah pemimpin negara lah sebagai qudwah bukan sebagai perompak negara . Eh!
Mungkin sekadar itu pandangan dan nasihat dari saya yg serba daif dlm ilmu agama serta masih merangkak merangkak mencari Redha allah.

Sedikit Renungan utk kita semua muhasabah balik diri ini.

"Allah bukan wujud di bulan Ramadhan je. Bulan lain pun Allah ada.Jadi hamba Allah bukan Hamba Ramadhan Kita nie cuma Hamba yg menumpang shj di muka bumi nie." Deep & Sentap tak? Kalau tak hati keras nie.

Okey semoga berjumpa lagi. Selamat beramal dan selamat hari raya! Eh . Awal lagi.
Assalamualaikum. Salam 7Ramadhan.

Jumaat, 22 Mei 2015

BAGAIMANA JIWA SETELAH KEMATIAN JASAD?... #Sahabat1

Assalamualaikum...
Ramai yang nak masuk syurga,tapi kaki melangkah ke neraka.
Ramai yang nak Mati Syahid, tapi takut Mati.

Macam dalam lagu Al-amal-Shoutul Amal .

"Jihad jalan kami,mati cita tertinggi"

Persoalan nya mati cita tertinggi nie mati apa? MATI SYAHID JAWAPANNYA.

Menurut Imam Al-Ghazali, jiwa manusia tak bergantung kepada jasad. Pandangan sebahagian orang yang menentang keberadaan jiwa setelah kematian didasarkan atas dugaan bahawa jiwa harus dibangkitkan setelah jasadnya menyatu dengan tanah. Sebahagian Ahli Kalam juga berpendapat bahawa jiwa manusia musnah setelah mati, kemudian dibangkitkan kembali. Padahal, pendapat semacam ini bertentangan dengan nalar dan Al-Quran.

Seperti yang dibahas sebelumnya, kematian jasad sama sekali tidak mempengaruhi dan tidak menghancurkan jiwa, seperti disebut dalam Al-Quran, “Janganlah kamu fikir orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. Tidak! Mereka hidup, bahagia dengan kehadiran Tuhan mereka dan dalam limpahan kurnia.”

Tak sedikit pun rujukan syariat yang menyebutkan bahawa ruh orang yang telah mati, baik ataupun jahat, akan musnah. Bahkan, diriwayatkan dalam hadis, Nabi SAW pernah bertanya kepada ruh orang yang kafir yang terbunuh mengenai kebenaran hukuman yang diancamkan kepada mereka. Ketika para sahabat menanyakan apa gunanya bertanya kepada mereka, Rasulullah bersabda, “Mereka bisa mendengar kata-kataku lebih baik daripada kalian!”

Diriwayatkan pula bahawa beberapa sufi pernah melihat syurga dan neraka ketika mereka mencapai fana. Ketika kembali sedar, wajah mereka menunjukkan apa yang telah mereka saksikan; sarat dengan tanda-tanda kebahagiaan dan ketakutan yang hebat. Namun, visi (penglihatan) ke dunia ghaib ini tak lagi dibutuhkan bagi orang-orang yang berfikir.

Bagi orang yang selalu menyibukkan dirinya untuk memuaskan hawa nafsu, saat kematian menghentikan seluruh peringkat indrawinya dan ketika segalanya musnah kecuali keperibadiannya, ia akan menderita kerana harus berpisah dengan segala bentuk keduniawian yang begitu dekat dengannya selama ini, seperti: isteri, anak, kekayaan, tanah dan harta kekayaan lainnya.
Sedangkan orang yang telah menghindari keduniawian dan meneguhkan cinta kepada Allah, niscaya akan menyambut kematian sebagai pelepasan dari kericuan hidup duniawi untuk bergabung dengan Dia yang dicintainya.

Maka, benarllah jika Rasulullah SAW bersabda, “Kematian adalah jambatan yang menyatukan sahabat dengan sahabat.” Dalam hadis yang lain, Rasululllah SAW bersabda, “Dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang yang mukmin.” Lalu, pada saat yang sama, semua derita yang ditangung jiwa setelah mati sebenarnya disebabkan oleh cinta dunia yang berlebihan.”

---Imam Al-Ghazali dalam Kimiya As-Sa’adah

credit: whatsapp.

Khamis, 21 Mei 2015

Isu-Isu Mencelikkan Minda

Assalamualaikum dan selamat malam. Diharapnye semua sihat sejahtera dan sdg bersiap sedia utk menghadapi bulan Ramadhan yg bakal kunjung tiba tak lama lagi. Okey malam nie nk senaraikan isu semasa yg pernah viral di negara tercinta kita malaysia

1.Hudud

2.Kapal-Kapal Terbang

3.Fast Myvi & Furious

4.Gejala sosial

5.Ikhwanul Muslimin

6.Hak Asasi Kemanusiaan Rohingya

Nie di antara isu2 yg bakal dikupas jika diberi keizinan oleh Allah. Sebelum mengupas,kena buat research dulu.

Jadi sedikit kalam Allah utk dijadikan muhasabah dan renungan utk kita semua. Wallahu a'lam.

Rabu, 20 Mei 2015

Hati & Dosa

Assalamualaikum. Salam tengah malam buta. Disaat makhluk Allah bernama manusia lena diulit mimpi. Diriku masih tidak mampu melelapkan mata. Jadi sebelum tidur. Nk share sesuatu yg sering kita persoalkan. Tentang perasaan,Emosi dan beberapa perkara lagi. Bende nie Sangat sensitif. Sedikit analogi Hati tentang dosa. Semoga bermanfaat

Hati kita ni macam tasik.

Cuba bayangkan kita cedok secawan
air tasik. Nampak tak berkurang
langsung kan? Sebab secawan tu
kecik. Hatta sebaldi air kita ambik
pun, tasik tu nampak biasa je. Tak
terasa kurangnya.

Tapi hakikatnya,
air tasik tu kurang secawan. Kurang
sebaldi. *Logiknya la kan? heheh

The same goes bila kita tuang
secawan air dalam tasik. Nampak
bertambah ke?? Tapi hakikatnya air
dia lebih secawan dari sebelumnya.

Hati kita macam tulah. Bila kita buat
dosa, kita tak nampak apa-apa. Tapi
sebenarnya satu titik hitam dah
lekat dalam hati. Kita tak rasa apa-
apa. Sebab dia kecik je.

Dan, kalau kita istighfar, kita tak rasa apa-apa.
Tapi sebenarnya satu titik hitam dah
hilang!

Jadi, teruskan ‘mencedok’ keluar
dosa dari hati kita. Kita mungkin tak
nampak significance of istighfar.
Tapi sebenarnya kita hapuskan titik
hitam dalam hati kita. hebat kan?

Hati kita selalu dicemari titik-titik
hitam oleh dosa yang kita buat.

Justeru, kerja pembersihan kena buat
selalu!
استغفر الله العظيم...jom istighfar same2.

Sekian Lama Menyepi

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum semua. Apa khabar?
Alhamdulillah sekian lama tak update blog,Harinie diberi peluang utk update blog lagi.

Update blog nie pun ramai kawan tnye. Tak berbloging dh ke? Jawapan yg terkeluar mcm nie la

1. Takde masa
2. Busy
3. Takde internet
4. Dan bermacam macam lagi jawapan

Bila difikirkan balik sebenarnya. Banyak benda nak dikongsi utk kawan blogger. Tapi takpe lah. Yg berlalu biarkan berlalu. Mulakan hidup baru. Ceh!

Dlm post kalinie takde perkongsian apa pun. Cuma nk update ttg diri nie je.. kali terakhir update blog masa ramadhan 2013.

How fast time flies up.
Sekarang dh tahun 2015. Cepat betul masa berlalu. Umur pun makin bertambah. Bak pepatah org malaysia

"Rumah Kata pergi,Kubur kata Mari"

Rasanya ini sahaja buat masa nie. Hambar kan. Hmmm . Diharapnya semua sihat sejahtera..
Nantikan Post sy utk seterusnya. Skrg tgh cuti. Mungkin banyak lah sy post dlm blog nie. Wallahu a'lam.

Assalamualaikum w.b.t