Ahad, 6 November 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
lama dah saya xupdate blog nie...
penuh sawang dekat blog saya nie...
saya nak cakap sesuatu yg dah lama saya tunggu masanya..
'EXAM AKHIR TAHUN DAH HABIIS' & MERDEKA...untuk beberapa minggu je..sebab tahun depan dah form 5..form 5 SPM so,I'LL DO THE BEST AMONG THE BEST..
saya nak happykan umie ngan abah saya...ok end..
back to the topic...
tahun nie first time raya haji a.k.a raya korban dekat KUANTAN,PAHANG... mula tue 'EXCITED' tapi bangun pagi tadi macam xde bende yg penting untuk dilakukan hari nie(xingat sembahyang raya)... memang kena terima hakikat yang HARI RAYA AIDILADHA xboleh challenge 'KEMERIAHAN' HARI RAYA AIDILFITRI...tapi yg tetap sama antara kedua2 hari raya nie ''MAKANAN''.never change,KETUPAT,RENDANG, mesti ada..HAHAHA pelik kan..tu la nama nya ADAT ORANG MELAYU...
apa-apapun SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....ops last one for tonight,surau dekat kawasan rumah saya ada buat korban 4 ekor lembu,esok baru sembelih,hari nie raya puas2...lembu tue xleh wat jadi geng bapak bekeng(garang) ngan tanduk tajam...seram!
pantun nie untuk pembaca sekalian
Lembu tua hilang dsawah,
org kg sibuk mcari,
jika anda scroll ke bwh,
dah sah..Andalah Lembu yg kami cari!!
Klau ada jarum yg patah,
xpayah la dsimpan lagi,
klau ada hati yg marah,
kena ingat sy pun trkena td.
Jarum yg patah tu pegi la buang,
jgn dbuang bsama kain,
klau xnak kena sorang2,
hntr la msg ni kt org lain..
SALAM AIDILADHA...
MAAF ZAHIR & BATIN.
ASSALAMUALAIKUM..MISS YOU
Isnin, 29 Ogos 2011
AHLAN WASAHLAN AIDILFITRI...SEE YOU AGAIN RAMADHAN
ape khabar hamba Allah?
macamana dengan puasa tahun nie...
full ke x?
semoga full la kan..puasa nie setahun sekali je dalam setahun buat la yg terbaik..
puasa2 nie xde mood nak update blog..xtau la knape
padahal banyak benda nak share. . .
lain kali la sy share dgn semua.
MANCHESTER UNITED MENANG ar semalam..menang besar lawan ARSENAL THE GUNNER..8-2
HEBAT KAN??...MALAYSIA LAWAN MANCHESTER UNITED DULU PUN MANCHESTER MENANG TIPIS JE 3-2...sekarang FERGUSON boleh berbangga dngan kemasukan pemain2 muda untuk menjadi pelapis masa depan...TERUSKAN KEMARAAN MU MANCHESTER UNITED I ALWAYS BEHIND YOU.
BERBALIK PADA TAJUK POST...pejam celik-pejam celik sekarang dah 29 ramadhan...tahun nie 29 hari je puasa..esok dah nak raya..without we realize time is ticking
ku pohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin!
duit raya jangan lupa bagi ya..
Khamis, 11 Ogos 2011
kecik2 cili padi! Wan Kuzain Wan Kamal
jgn terkejut la budak nie lahir kat amerika syarikat..tpi orang Malaysia..
harap2 la dia nak main untuk Malaysia bila dia dah besar nanti...
pelapis la kiranya...dgn skill yg dia ada tue..x mustahil Malaysia boleh main ngan SPAIN,BELANDA,GERMANY,URGUAY,ARGENTINA kat worldcup..
jom kita tgok kelincahan WAN KUZAIN...
sebelum tue..kita baca biografi Ronaldinho cilik nie...
Name: Wan Kuzain Wan Kamal
Date of Birth: September 14, 1998
Football (soccer) wonder kid. Possesses great skills, passing, and speed. Deadly set piece specialist. Loves the game. Looking to have a future in the sport as well. Plays in the United States. Is feared by all he plays. Well known football (soccer) star in the Midwest of the United States. Has an uncanny likeness to Barcelona Superstar and current World Player of the Year, Lionel Messi.
Young football (soccer star) currently honing his skills in the United States playing against top competition from all around. Plays against people 2 years older than him on a consistent basis. Has gained the respect of all people who have seen him play, both on the sidelines and opponents alike. Can hold his own against both teens and adults of all ages. There is sure to be more to come from this football wonderkid in the future!
masya-allah!
mmg licik la puak yahudi laknatullah nie...
anda semua try la sendiri
·1. cuba anda buka mana-mana blog kawan anda.·
·contoh : aaaaa.blogspot.com·
2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkataan blogspot
contoh : aaaa.blogpot.com
Apa yang terjadi?
geramm betul la...
sapa ade contact number ANONYMOUS si hacker dunia,nak suruh dia hack@godam web tue...
ya Allah ampunilah dosaku...kau jauhkan la semua umat islam dari propaganda YAHUDI laknatullah...teguhkanlah iman kami..dan berilah petunjuk mu ya Allah!
k bye!assalamualaikum
Sabtu, 6 Ogos 2011
Ahad, 24 Julai 2011
MALAYSIA VS ARSENAL,LIVERPOOL,CHELSEA
Jumaat, 15 Julai 2011
doakan kami menang FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011 ya...
Khamis, 14 Julai 2011
cuba lagi...
kepada peminat HARIMAU MALAYA termasuk saya sendiri..
jangan la sedih...
hari sabtu nie MALAYSIA lawan LIVERPOOL..harap MALAYSIA dapat menebus kekalahan kepada ARSENAL...
lepas lawan LIVERPOOL ...
MALAYSIA vs SINGAPORE....kelayakan piala dunia 2014 pusingan kedua....
doakan MALAYSIA MENANG MENENTANG LIVERPOOL DAN SINGAPORE...
nie sedutan2 gol semalam...MALAYSIA VS ARSENAL...
kita layan dulu.....
bleh jadi pengulas sukan x?
Isnin, 11 Julai 2011
LIRIK LAGU NASYID SMKTPPTM
Ahad, 10 Julai 2011
NAUZUBILLAH HUMIN ZALIK...
Teman Sejati
Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
tiada siapa dapat menjadi pengganti kamu..kerana KAMU hanya KAMU....no TWO only ONE
KAWAN..
Sabtu, 9 Julai 2011
RUBIX CUBE

rekod duniA 5.36 second...
saya harap boleh buat secepat dalam video tue..
masa terbaik sya jauh lagi ngan dia..25 saat rekod terbaik saya..20 saat lebih jauh..
bak kata pepatah arab
(man jadda wa jadda)من جد وجد
maksud:sesiapa yang berusaha dia akan berjaya..
Kalah tapi MARA!
SUBHANALLAH!
will miss the memory.....
assalamualaikum..pe khabor?..lame dah x update blog kesayangan..
sekarang umur 16,ops! xsampai lagi 16,baru 15 tahun 10 bulan 7 hari..muda lagi...
muda la sgt..nie nak citer...tgah duk ber-facebook,tengok birthday member yg sebaya.. terlintas dalam fikiran dah tak lame dah nak abis skolah...pastu jadi la macam lagu kat bawah nie..
Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
c/o x2
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
MOral of the story...
JANGAN SIA-SIAKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN ANDA KERANA....IANYA SEKALI SAHAJA DALAM HIDUP ANDA...DO THE BEST AMONG THE BEST
Khamis, 30 Jun 2011
Tahniah buat HARIMAU MALAYA...
HBAT kan...HARIMAU MALAYA main....
jaringan SAFIQ RAHIM saya suka...^_^...
dengan mudah dia merembat dari luar kotak penalti dan GOOOAAALL!!!!
jaringan kedua Malaysia jugak hebat..AIDIL ZAFUAN menanduk bola terus ke dalam gol...
saya berdoa semoga MALAYSIA menang dalam perlawanan timbal balik dekat TAIWAN..
dan melangkah ke pusingan ke-2 kelayakan piala dunia....yepi!!
sapa2 yg belum tgok...kita layan dulu...^_^
go MALAYSIA GO!!
about yesterday! & today at School...
Selasa, 28 Jun 2011
peristiwa 27 Rejab penuh dengan pengajaran
Bila PenyakitKu datang....
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Apa dia punca resdung ni??
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila
anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.
Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...
Lebih
parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
petua mencegah resdung;
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Ok,
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda
ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni,
bolehlah anda share dengan diorang petua ni.
Ahad, 26 Jun 2011
Jadikan Pengajaran!
Sabtu, 25 Jun 2011
Alangkah Hidup Ini...
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...
Cute!
handphone umie saya rosak..
so,semalam I with my parent go to phone shop...
nak gi survey handphone...
ada pulak kat situ promosi buy 1 free 1
umie pun beli la handphone tue..
umie ambil yang nie

klik gambar untuk zoom....
yang free a.k.a. saya punya

sebesar tapak tangan je saiz dia nie...
function dia besa2 je...
ade radio,torchlight..
yang penting boleh call & sms
Jumaat, 24 Jun 2011
dah dekat dah!!!
peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab
Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :
1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.
3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.
10 Punca Lemah dan Mengantuk Serta Cara Mengatasi
1. Tidak cukup tidur
Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4. Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
8. Penyakit Kencing Manis
Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
9. Penyakit Jantung
Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Baca juga 5 faktor risiko penyakit jantung.
Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.
Bad Result!
Ahad, 19 Jun 2011
Keistimewaan Bulan Rejab!
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan...
wallahu alam