Sabtu, 4 Jun 2011

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Rabu, 1 Jun 2011

yang pergi takkan kembali lagi..~_~

assalamualaikum semua,.....pe kabor?semoga sentiasa berada d bawah lindungannya yang esa...

nie nok kabor nenda tersayang baru je meninggal dunia 25 mei 2011,jam 4.55 petang

bile dgar berita 2...kelam kabut packing baju nak balik kampung....
so,nenek ade pesan kalau dia meninggal,kubur selalu x payah simpan lama2..
sedih x dapat jumpa dia..sebelum meninggal
pagi sebelum dia meninggal,dia muntah darah mgkin tu tanda akhir yang dia akan meninggalkan kita semua..hu

jam 6.30 petang hari tue jgak kami satu family berangkat pulang kampung kat jerteh,ganu....
abah bawa kereta bioleh tahan lajunye..120 km/h.. hehe

dalam 3 jam 45 minit bertolak,pukul 10.15 malam,kami pun sampai dekat destinasi..
syukur la mase tue..nenek baru lepas dimandikan..dapat tgok muke nenek buat kali yang terakhir..
lepas sembahyang jenazah,jam 11 lbih2 skit...kami menuju ke tanah perkuburan untuk menguburkan nenek...

alhamdulillah,semuanya berjalan lancar....
setelah siap membaca doa untuk nenek..jam 12 lebih kami pulang semula kat rumah atuk..

masa nenek meninggal,exam ade 2 paper lagi....huhuh

setiap yang hidup pasti mati

sesungguhnya mati itu datang dengan mengejut tidak kurang sesaat tidak lebih sesaat

kita datang dari tanah dan kembali kepada tanah

Isnin, 30 Mei 2011

juara liga sepanyol vs juara liga inggeris

28 may 2011..2.45 pagi sape ada tgok juara liga sepanyol vs juara liga inggeris...
mesti ramai peminat fanatik x t`lpas menontonnye..

dua2 team my favourite team...but must choose one only so, i choose BARCA(BARCELONA)
MANCHESTER UNITED no.2..sorry

memang sengit la..match barca vs m.u
namun EL-NINO(BARCELONA) menang...tahniah!
manchester united cuba lagi yee...

2 years ago mereka pernah bertemu dalam kejohanan yang sama...
kemenangan oleh barcelona jgak..
jom layan jaringan gol...

Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Guru..

selamat hari guru,cikgu...16 mei adalah tarikh keramat bagi guru-guru..kerana ianya tarikh yang sungguh istimewa buat tenaga pengajar...

ini sajak buat cikgu-cikgu di seluruh dunia....


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Umie...

selamat hari umie..buat semua umie2 di dunia..especially my mother 'Rokiah Binti Jusoh'...umie this poem for you...

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..

ibu adalah segala-galanya buat ku

Jumaat, 6 Mei 2011

mid-year exam

next week 12/5/2011
bermula lah exam pertengahan penggal....
sekarang nie x ready lagi...apa la nak jadi syamil nie..

pray me have excellent result...

Isnin, 2 Mei 2011

Nasihat Luqmanul Hakim Kepada anaknya

Diantara nasihat Luqman yang terdapat dalam surah Luqman ialah:

1.Jangan mempersekutukan Allah.
2.Berbuat baik kepada dua orang ibu-bapanya.
3.Sedar akan pengawasan Allah.
4.Dirikan Solat.
5.Buat amal kebajikan.
6.Jauhi kemungkaran.
7.Sabar menghadapi cubaan & ujian
8.Jangan sombong