Isnin, 2 Mei 2011

cuti2!!

wah!! penat sungguh saya...

pagi tadi gi zoo dkat taman teruntum...dapat juga gi jalan2..

lpas tue gie TC(Teluk Chempedak)...gi jalan2 tgok pantai yang indah....

sekarang yang lain gi birthday party anak cikgu mengajar kat SKIMU dkat Balok...
saya duk sorang je dkat home...


Jalan-jalan cari makan!!

semalam we all(family) gi makan ikan bakar dekat tanjung lumpur!!

best!sedap plak tue ikan bakor dye....
mgkin yg dah prnah pergi tue..kate biase2 je...
but,bagi saya sedap..makan ikan bakor ramai2 ngan pakcik,makcik & my cousin2

x puas eden makan...terbaik!! ikan bakor dye


Sabtu, 30 April 2011

ABU UBAIDAH-PENAKLUK PARSI part 1

Siapa kenal Abu Ubaidah al-Jarrah????

ha bagi yang x tau nie nak kabor biodata diri beliau...

*Abu Ubaidah bin al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-fihri al-Quraisy.

*Beliau berasal daripada kaum Quraisy suku al-Harith bin Fihr.

*Nama Ayahnya Abdullah bin al-Jarrah.

*Abu Ubaidah al-Jarrah adalah antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang terawal memeluk Islam.

*Dia antara 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin masuk syurga.

*Beliau dilantik sebagai utusan ke Najran oleh Nabi Muhammad SAW.

*Beliau pernah berhijrah ke Habsyah. Kemudian berhijrah ke Madinah.

*Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan beliau dengan Saad bin Muadz.

*Nabi Muhammad pernah melantik Abu Ubaidah memimpin sepasukan tentera seramai 300 orang ke tepi Laut Merah.

*Beliau menyertai Perang Badar pada tahun ke-2 Hijrah.

*Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah terpaksa bertarung dengan ayahnya.

*Beliau meyertai Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah.

*Abu Ubaidah dicalonkan menjadi khalifah oleh Abu Bakar tetapi beliau menolak.sebaliknya beliau menyokong perlantikan Abu Bakat as-Siddiq sebagai khalifah pada 12 Hijrah.

*Abu bakar melantiknya menjaga perbendaharaan atau Baitulmal.

*Pada 13 Hjrah, beliau menyertai peperangan di Yarmuk.

*Beliau menggantikan Khalid bin Walid sebagai pemimpin tentera Islam di yarmuk.

*Menakluk Damsyik pada tahun 14 hijrah.

*Pada 14 Hijrah, memimpin tentera Islam dalam Perang Fihl,menakluk Kota Hims,menakluk Antakiah,Memimpin tentera Islam dalam Perang Kinnasrin,menakluk Benteng Aleppo (Halab), menakluk Syam.

*Pada 15 Hijrah ,beliau menakluk Hims.

*Pada 16 Hijrah, beliau menakluk Baitulmuqaddis (Jerusalem)

*Menjadi panglima perang ke Syria.

*Khalifah Umar al-Khattab melantiknya sebagai Gabenor di Syam.

*Bencana kebuluran di semenanjung Arab pada tahun 17 Hijrah

*Khalifah Umar al-Khattab mencadangkan Abu Ubaidah sebagai calon Khalifah selepasnya.

*Wabak taun menyerang Syam.

*Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia akibat wabak taun pada 640 Masihi bersamaan 18 hijrah.mayatnya dikebumikandi Baisan,Syam.

*Beliau meninggal pada usia 58 tahun.

petua ubat tradisional

msti plik kan tajuk post kali nie 'petua ubat tradisional'....

nie nak kongsi petua ubat tradisional bila

1.patah tulang tangan / kaki,
2.retak tulang tangan / kaki
3.terseliuh tulang tangan / kaki

BAHAN-BAHAN...

1.halia
2.kunyit hidup
3.garam
4.cuka

cara2 menyediakan,

potong halia & kunyit hidup halus2,pastu tumbuk halia & kunyit letak cuku suku sudu kecil garam satu sudu kecil..

ltak kan bahan2 yang ditumbuk di tempat yang sakit(patah,retak tulang / terseliuh) pastu balut ngan plastik, and then,ltak tisu / kapas di atas plastik yang dibalut tadi...

dah siap,insya-allah sembuh...dgan izin allah
jgn lupa berdoa kpd allah supaya cpat sembuh

sekian,syukran

tanganku injured lagi

dulu tangan kiri ku masa tahun 6,masa nak solat trawih bulan puasa,lpas UPSR tahun 2007,
xde kije gi main angkat tiang gol,pastu jatuh,pastu tangan kiri terseliuh brubat tradisional & brubat moden sembuh la tgn kiri walaupun x sesembuh sblum jatuh..syukur la kan2...

kejadian 4 tahun lalu berulang pada 23.4.11 namun x teruk 4 tahun yg lepas..


last week ari sabtu,tgah main bola ttibe bola datang ke arah ku lalu saya menahan bola yang kencang `bom'!!...

aduh sakitnye!!!! tangan.....tengok tangan kiri pelik dari tangan kanan...lpas xleh thn sakit nak balik rumah..

saya:-apis balik dulu la sakit nie tgn aq..

apis:-ok2..

sampai rumah tangan berdenyut2...
sakitnya allah saja yang tahu..

malam tue,gi rumoh pokcik dkat rmah sy,dye kabor tgan saya nie retak & terseliuh...pakcik tue cakap salah teknik tahan bola..yang tue terseliuh

yang sedihnya,hilang nikmat tangan kiri masa sakit tue...

hari nie 30.4.11 dah sembuh dah..tpi ade sakit sikit..
syukur la dah sihat tangan kiri...alhamdulillah

Jumaat, 22 April 2011

Kuasa ALLAH S.W.T

walaupun jepun mempunyai teknologi tinggi yang dapat mengetahui bila gempa bumi....

namun kuasa allah tiada tandingan nya...
kita lihat bagaimana NEGARA JEPUN sekarang,seperti "padang jarak padang tekukur"

kita di MALAYSIA sepatutnya bersyukur negara kita x dilanda bencana seperti di JEPUN....


semoga ianya jadi pengajaran buat kita untuk meningkatkan keimanan & ketakwaan kepada ALAH S.W.T

Ahad, 17 April 2011

Gotong-royong kat Surau Madinah

hari nie,hari ahad 17/04/2011....Surau Madinah telah mengadakan satu aktiviti sillaturahim..

aktiviti tue ialah GOTONG-ROYONG...

hampir 40 orang ambil bahagian dalam gotong-royong tadi...
mula jam 8.30..
pepatah melayu mengatakan `ringan sama dijinjing,berat sama dipikul'
jam 11.30 semua kawasan surau telah dibersihkan.....alhamdulillah
semoga aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim kita bersama!!


makan tebu dulu...


hasil sampah yang akan dibakar!!


cuci jangan x cuci!


kerjasama membawa berkat